Orang Jepun boleh hidup lama berbanding dengan orang kita, apa rahsianya yang membuatkan orang Jepun kuat dan sihat sampai ke tua.
Rahsianya tak lain tak bukan adalah Okinawa Diet di mana mereka amat menitikberatkan soal pemakanan seharian.
Kalau anda pernah dengar mengenai Okinawa Diet, ini adalah ‘rahsia’ orang Jepun mempunyai tubuh badan yang sihat walaupun sudah berusia 80 tahu ke atas!
Okinawa adalah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Ia dikatakan sebagai kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia.
Purata jangka hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun manakala Jepun ialah 84 tahun dan penduduk Okinawa berumur lebih 100 tahun adalah 5 kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun.
APA YANG MEREKA MAKAN DALAM DIET OKINAWA NI?
– Melebihkan makanan kaya dengan sahur-sayuran berwarna kuning, oren dan hijau.
– Nasi yang menjadi makanan ruji masyarakat Jepun diganti dengan ubi keledek ungu.
– Daging, produk tenusu dan makanan laut diambil dalam jumlah yang kecil.
– Membanyakkan pengambilan soya dan kekacang.
– Seluruh pemakanannya secara am adalah rendah gula dan gandum – penduduk Okinawa mengambil kurang 30% gula dan kurang 15% gandum berbanding penduduk Jepun yang lain.
HARA HACHI BU– BERHENTI SEBELUM KENYANG
Di samping diet tersebut, salah satu budaya penting yang diamalkan oleh penduduk pulau ini adalah untuk berhenti makan awal. Peribahasa hara hachi bu membawa maksud agar berhenti makan apabila perut sudah 80% penuh.
Tahukah anda, mereka secara purata mengambil sebanyak 1,200 kalori sehari berbanding penduduk di negara lain yang kebiasaannya mengambil 2,000 kalori sehari !
Walaupun jumlah kalori yang diambil adalah rendah, diet mereka dipenuhi dengan makanan berkhasiat serta bernutrisi tinggi. Sebab itu mereka masih boleh kekal sihat dan hidup lebih lama walaupun mengambil sedikit kalori.
Kalau anda nak tahu lagi, bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir juga mengamalkan cara Hara Hachi Bu, di mana berhenti makan apabila perut sudah kenyang. Walaupun agak susah, tapi jika disiplin nescaya hidup lebih sihat dan bermanfaat.
Baca juga: Isteri MK rupanya anak tiri pelakon terkenal, ramai terkejut bila tahu