Seorang wanita di Nigeria dihadapkan ke mahkamah dan berdepan hukuman penjara tujuh tahun kerana menyebarkan ulasan negatif secara dalam talian tentang produk tomato puri dalam tin, menurut laporan dari laman berita Oddity Central.
Pada bulan September tahun lalu, Chioma Okoli iaitu seorang pengguna Facebook telah menyuarakan pendapatnya mengenai produk puri tomato yang dibelinya.
Namun, dia menuduh produk tersebut mengandungi terlalu banyak gula dan mengajak pengikutnya untuk menyatakan pendapat mereka.
Seorang individu yang mengaku sebagai kakak kepada pengasas Erisco Foods Limited, menegur Okoli agar menghentikan penghinaannya terhadap produk tersebut.
Erisco Foods Limited merupakan syarikat pengeluar puri tomato berkenaan.
Syarikat itu juga mendakwa Okoli dengan tuntutan sebanyak 5 bilion naira (RM18.1 juta) kerana menyebabkan publisiti buruk dan masalah serius seperti kehilangan pembekal.
Okoli kini menghadapi ancaman hukuman penjara selama tujuh tahun, denda sebanyak 7 juta naira (RM25,357), atau kedua-duanya sekali.
Baca juga: Makin merepek! Balenciaga tayang ‘gelang’ hampir RM19,000