Bekas isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dituduh tidak bersyukur setelah menerima nafkah anak yang diberikan sebanyak RM100 bagi seorang anak.
Netizen juga mengatakan Shuhada mampu untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak-anaknya kerana mempunyai kerjaya yang baik.
Menjawab komen tersebut, Shuhada mengatakan dia sudah banyak berkorban untuk anak anak.
“Bila ada manusia yang suruh kita faham erti bersyukur, bila dia (netizen) tuduh saya tak gunakan kudrat (bekerja) untuk cari rezeki untuk anak-anak.
“Don’t talk rubbish la kalau awak sendiri tak pernah ada anak,” katanya.
Shuhada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Sementara itu, Shuhada juga menasihati netizen untuk tidak meragui rezeki dan meletakkan Allah SWT sebagai sandaran dalam kehidupan.
Beliau juga menekankan pentingnya memahami tanggungjawab seorang bapa dalam masyarakat.
“Belajar untuk tahu apa erti tanggungjawab sebenar. Jangan persoal bab rezeki ditutup oleh seseorang? Rezeki daripada siapa bang? Dari Allah.
“Belajar letak penggantungan 100 peratus dekat Allah, belajar untuk letak Allah nombor satu… Jangan buat Allah murka. Selamat berjaya,” ujarnya.
Sebelum ini, bekas isteri Hafidz Roshdi mendakwa dia menerima nafkah anak-anak berjumlah RM100 bagi setiap seorang hingga terpaksa meminta bantuan dari keluarganya untuk menampung keperluan seharian.