Penyanyi Noh Salleh mencuri perhatian semasa persembahannya di Motos Malim pada Ahad lalu dengan mengenalkan bakal isterinya, Fatin Athira Mustapa, kepada kira-kira 500 penonton yang hadir.
Noh,38 tahun, juga mengumumkan bakal disatukan dengan cinta hatinya pada minggu ini.
Dia yang menunjukkan bakal isterinya di tempat penonton memohon doa dari peminat supaya perkahwinannya bahagia hingga ke akhir hayat.
Noh juga menyanyikan lagu berjudul “Biar Seribu” untuk penonton, yang disifatkan sebagai doa bagi pasangan yang akan berkahwin.
“Itu tunang saya, kita akan kahwin next week (minggu ini). Lagu ini (Biar Seribu) sesuai dengan doa kita sebagai pasangan yang hendak mendirikan sebuah masjid.
“Jadi harap 500 orang yang ada dekat sini untuk kami kekal seribu tahun macam lagu ini,” katanya.
Noh juga meluahkan rasa teruja ingin melihat bakal isterinya itu memakai busana perkahwinan pada hari bahagia mereka.
“Tak sabar pula nak tengok awak pakai baju…,” katanya sambil tersenyum.
Baca juga: Ini rupanya rahsia nak buat cekodok pisang comel, sedap dan rangup pulak tu!