Selepas penceraian yang mengambil tempoh lama bersama pengarah ternama Syamsul Yusof, Puteri Sarah dilihat makin bergaya dan ceria bersama rakan rakannya.
Namun lain pula ceritanya dengan netizen yang seakan tidak puas hati apabila Puteri Sarah tidak menghormati tempoh idahnya.
Bekas bapa mertua Puteri Sarah, Yusof Haslam tampil untuk menjawab tuduhan bahawa menantunya harus berpenampilan cantik kerana perlu mencari rezeki.
Dia juga berpendapat tidak salah untuk bergaya walaupun dalam tempoh idah.
Yusof Haslam turut memberitahu beliau amat memahami kerjaya menantunya dan menghormati waktu dalam mengunjungi cucu-cucunya.
Baca juga: Hafiz Suip bengang dituduh ambik bahan terlarang, tunjuk bukti kurus sebab pergi gym