Empat individu ditahan bagi membantu siasatan isu kes resit pesanan pelanggan yang didakwa menghina agama Islam pada 15 Mei lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, mereka memberkas tiga warga Myanmar serta sepasang suami isteri dan seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun di sebuah pondok dusun durian Sungai Ara
Lelaki tempatan tersebut merupakan majikan manakala tiga lagi individu yang berumur antara 19 hingga 28 tahun ada pekerja dusun durian.
“Tiga suspek Myanmar itu direman sehingga 3 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Sementara, lelaki warga tempatan itu pula dibebaskan dengan jaminan polis selepas permohonan reman terhadapnya tamat Isnin lalu.
“Setakat ini, kita sudah terima sebanyak 17 laporan polis berkaitan kes berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau pinang, di sini, hari ini.
Baca juga: Selangor FC dedah Faisal Halim masih trauma, kekal dikawal ketat meski keluar hospital