Penumpang kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berada di tempat duduk belakang tidak seharusnya berbaring seolah-olah di atas katil, terutama semasa perjalanan jauh untuk pulang ke kampung.
Menurut seorang pengguna media sosial, dia membuat pesanan itu kerana tidak mahu kemalangan yang menimpa keluarga rakannya berulang lagi pada masa akan datang.
“Maaf kalau komen aku mengguris hati mana-mana pihak. Kawan aku macam ni la. Bawa Toyota Wish balik ke kampung. Anak bini duduk baring di belakang.
“Bapa (kawan aku) drive dengan selesa. Happy. Tengok televisyen kat belakang. Sembang-sembang. Balik pukul 3 pagi.
“Tengah drive dalam kelajuan 120 atau 130 kilometer per jam (km/j), tayar depan meletup. Member brake emergency,” ujarnya memulakan cerita.
Menurut kata pemuda itu, kemalangan yang berlaku dengan sekelip mata telah menyebabkan kematian isteri rakannya kerana tercampak keluar dari kenderaan.
“Bini dia tercampak keluar menghala cermin hadapan. anak tersangkut kat bonet. Bini meninggal on the spot. Anak dia nazak.
“Dia selamat. Dia alihkan arwah bini dia. Mengharap ada kenderaan lalu lalang. Dia riba anak yang masih nazak. Tapi pukul 3 ke 4 pagi.
“Highway lengang. Anak dia meninggal atas riba dia. Mungkin ini asbab sahaja,” ujar pemuda itu lagi.
Menurut netizen, mereka juga bimbang melihat beberapa individu merebahkan kerusi belakang kereta untuk dibentangkan dengan tilam atau toto untuk keselesaan ketika perjalanan yang memakan masa berbelas jam.
“Ada yang lipat seat ke belakang. Jadi ruang luas sampai boleh baring. Lipat (kerusi) belakang sampai flat. Letak lapik toto jadi macam katil.
“Ini yang paling ngeri. Biasa tengok sesetengah kereta letak seat foam untuk baring. Bahaya sebenarnya. Memang selesa untuk tidur tapi tak sesuai untuk dalam kereta.
“Kerusi dalam kereta untuk duduk dan pakai tali pinggang keledar. Kenapalah orang suka buat bukan-bukan?
“Satu lagi yang buat buaian dalam kereta. Tu sangat bahaya kalau brake emergency,” kata netizen.
Baca juga: SPRM ‘terbang’ ke Arab Saudi, nekad sahkan surat derma Najib Razak