Bahaya bubuh paracetamol untuk lembutkan daging malah boleh menyebabkan toksik di dalam badan apabila terkena haba masakan.
Ini berikutan salah seorang wanita di Indonesia selamba masukkan pil paracetamol ke dalam masakan atas tujuan melembutkan daging.
Rupanya ia mampu membahayakan kesihatan dalam jangka panjang, seorang pengamal perubatan tampil memperjelas hal tersebut.
Ayman Alatas melalui TikToknya memberitahu tindakan itu berbahaya kerana paracetamol menjadi toksik apabila terkena haba masakan.
“Apabila masakan dipanaskan, akan berlakunya proses-proses tertentu yang membuatkan paracetamol menghasilkan toksik atau bahan beracun,” kata Ayman.
Bukan itu sahaja tindakan oyu yang dilihat biasa itu juga boleh menyebabkan kesan jangka panjang yang berbahaya.
“Zat beracun akan memberi kesan jangka panjang yang berbahaya untuk tubuh.
“Jadi, orang ramai dinasihat jangan menggunakan paracetamol dalam masakan. Apatah lagi jika kebiasaan ini dilakukan selama bertahun-tahun,” jelasnya.
Beliau yang juga pengamal perubatan menyarankan agar orang ramai menggunakan bahan semula jadi untuk melembutkan daging seperti nanas.
Ramai mempersoal di mana wanita tersebut mendapat tip pelik itu malah ada yang mendengarnya buat pertama kali.
“Saya baru tahu petua melembutkan daging guna paracetamol.
“Dari manalah mereka mendapat idea untuk masak daging menggunakan paracetamol,” kata pengguna lain,” antara komen netizen.
Baca juga: Ramai terkejut Ustaz Don suruh dengar lagu ColdPlay, “Kalau boleh dengar lagu Fix You..”