Bahaya! Jangan simpan 4 benda ini dalam peti ais anda

Bahaya! Jangan simpan 4 benda ini dalam peti ais anda. Pastinya ramai yang suka menyimpan semua benda di dalam peti ais terutamanya ketika musim panas ini.

Ini adalah antara 4 yang anda TAK BOLEH letak di dalam peti ais rumah anda:

1. Jangan simpan minuman bersoda di tempat freezer/pembeku.

Contohnya minuman yang mempunyai banyak gas karbon dioksida seperti, coke, sprite, bir. Apabila anda mengeluarkan air ini daripada freezer, suhunya akan meningkat secara drastik.

Sementara sejumlah besar gas di dalam tin akan dilepaskan, akibatnya tekanan gas tersebut menjadi lebih besar.

Apabila anda buka air tersebut, ia akan meletup. Kalau lukanya ringan mungkin hanya dijahit beberapa jahitan, sebaliknya kalau serius, wajah pun menjadi rosak.

2. Jangan letak ais kering dalam pembeku/freezer.

Suhu di area freezer dalam petisejuk biasanya berada di bawah -30°C. Suhu ini dapat membantu proses sublimasi dari benda padat ke gas.

Dan dalam prosesnya, jika ais kering sampai tersublimasi menjadi gas, maka volume akan menjadi 600-800 kali lebih besar.

Boleh anda bayangkan, di dalam lingkungan yang tertutup rapat seperti petisejuk akan meletup kerana adanya peningkatan tekanan, dan letupan yang dihasilkan tidak hanya akan merosakkan petisejuk, tapi juga berbahaya bagi orang-orang di sekitar.

3. Jangan letak barang-barang seperti minuman beralkohol, bensin, dan bahan lainnya yang mudah terbakar ke dalam petisejuk.

Volume petisejuk yang terbatas mudah membentuk area letupan, jika saat dihidupkan terkena percikan (api) kecil sekali pun juga dapat menyebabkan letupan.

Jadi, sebaiknya jangan meletakkan barang elektronik di atas peti ais kerana elektromagnetik yang dipancarkan dari barang elektronik lainnya akan mengganggu sistem pendingin peti ais.

4. Jangan menggunakan benda tajam untuk menghilangkan ais pada freezer.

Petisejuk zaman sekarang menggunakan gas isobutana, iaitu gas tak berbau dan mudah terbakar, yang ditempatkan di dalam paip pembeku/freezer.

Jika tanpa sengaja paip berisi butane ini tercucuk ketika sedang membersihkan ais dan bercampur dengan oksigen, ia mampu mebuatkan peti sejuk meletup.

Sebagai salah satu peralatan elektronik yang wajib di setiap rumah, anda perlulah tahu cara menggunakan barang tersebut kerana jika salah guna, kemungkinan besar akan mengakibatkan banyak kemalangan yang tak terduga.

Baca Juga: Cara mudah untuk elakkan kereta bahang semasa waktu panas terik

Baca Juga: Elak kereta meletup, ini 9 benda anda tidak boleh tinggalkan dalam kereta