Bahaya! Ramai taktahu takboleh guna minyak masak ulang ulang, undang lagi banyak penyakit berbahaya

Sebagai seorang ibu dan juga isteri, pasti kita sering menggunakan minyak masak lebih dari beberapa kali untuk menjimatkan kos disebabkan harga barang yang semakin meningkat.

Namun tahukah anda jika kita menggunakan minyak masak berulang kali ia akan menimbulkan pelbagai penyakit berbahaya seperti penyakit atherosclerosis(salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.

Selepas menggoreng, sisa toksik yang bernama aldehydes dilepaskan dan akan ditinggalkan di dalam minyak.

Sumber: Twitter

Kemudian apabila makanan yang digoreng menggunakan minyak tersebut, ia akan menyerap sisa toksik tersebut serta merta.

TIPS MENGGUNAKAN MINYAK MASAK

Gunakan minyak masak hanya dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak tersebut telah bertukar kehitaman maka perlulah ia dibuang dengan segera.

Sekiranya minyak digunakan untuk menggoreng ayam,daging atau ikan ia perlulah dibuang terus kerana sisa darah akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

Adalah dinasihatkan untuk mengurangkan penggunaan minyak peket 1kg kerana tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Selain itu, kurangkan tabiat makan makanan bergoreng di luar kerana bimbang peniaga menggunakan minyak masak yang digunakan semula berulang kali untuk menjimatkan kos.

Baca juga: “Penat melayan tekak bini hari hari nak makan mahal, bila nak pinjam duit tahu pulak dia marah”