Bakal doktor tapi buat ‘part time’ kat rumah pelacuran

Seorang pelajar perubatan yang bakal bergelar doktor dicekup sedang melakukan ‘part time’ di sebuah rumah pelacuran bersama dua gadis berusia 16 tahun di Hong Kong.

Seorang ibu ayam yang berusia 20 tahun ditahan bagi menjalankan siasatan kerana menjalankan perniagaan tersebut di rumah tujuh bilik Jalan Kimberley, Tsim Sha Tsui ketika serbuan petang Khamis lalu.

Para remaja tersebut melakukan pekerjaan keji itu kerana ingin mencari wang tambahan untuk menampung kehidupan mereka.

Mereka turut mengiklankan kegiatan seks tersebut dengan menampilkan gambar sendiri yang diiklankan di dalam Telegram.

“Gadis muda dan pelajar dijadikan sebagai bahan iklan oleh rumah pelacuran itu untuk menarik pelanggan. 

“Siasatan mendapati setiap pelanggan dikenakan caj antara HK$1,500 (RM885) hingga HK$2,000 (RM1,180) untuk khidmat seks dan ibu ayam akan mengambil separuh wang itu,” katanya.

Polis bertindak menyamar sebagai pelanggan sebelum melakukan serbuan di premis tersebut dan menahan enam pekerja seks berumur 16 tahun hingga 27 tahun.

Walaubagaimanapun, enam pekerja tersebut tidak ditahan kerana undang-undang membenarkan mereka yang berumur 15 tahun ke atas untuk bekerja sebagai pelacur. 

Polis kini berusaha mengesan ketua kumpulan pelacuran di sebalik operasi rumah pelacuran itu serta beberapa suspek lain. – Agensi

Baca juga: Miliki hobi pelik, lelaki ini kumpul 350 pemadam api