Pemilik restoran mengaku tak pernah cuci balang sos selama 60 tahun, “patutlah sedap..”

Restoran popular di Tokyo, Jepun, melalui sebuah rancangan TV tempatan mendedahkan satu bahan rahsia adalah balang sos yang tidak dibersihkan selama lebih setengah abad.

Abe-chan, sebuah restoran ‘pork skewer’ yang terkenal di pusat beli-belah Azabu Juban Tokyo, baru-baru ini dipaparkan dalam rancangan televisyen Jepun sebuah balang yang berkerak di restoran itu

Memetik laporan Odditiy Central, balang itu adalah balang sos yang sama dengan daging babi yang telah dicelup selama enam puluh tahun yang lalu.

Kerak coklat gelap di sekeliling balang adalah sos yang tumpah dan mengeras selama beberapa dekad. Menurut pemilik generasi ketiga Abe-chan, balang itu tidak pernah dibersihkan sejak enam dekad lalu, yang nampaknya menyumbang kepada rasa sos yang lebih sedap.

Pemilik restoran itu juga berkata, kakitangan di Abe-chan hanya menuang lebih banyak sos ke atas sisa hari itu sebelum menutup dapur.

Kerak beku di sekeliling balang sos itu bukanlah perkara yang menyelerakan apabila memesan makanan jalanan, namun bagi pemilik Abe-chan ia adalah identiti bernilai yang dipamerkan di sebelah pemanggang.

Restoran itu mula dibuka pasa tahun 1933 oleh datuk pemilik semasa, dan balang sos yang sama itu telah wujud sejak awal penubuhannya.

Tradisi menambah sos tanpa benar-benar membersihkan bekas telah diikuti oleh ketiga-tiga generasi, dan pemilik semasa yakin bahawa ia menyumbang kepada kejayaan perniagaan keluarga.

Beberapa pelanggan Abe-chan yang pernah berkunjung ke restoran itu mendakwa mereka telah tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan berikutan balang sos tersebut.

Tidak dinafikan juga sebahagian penonton rancangan televisyen itu menimbulkan kebimbangan mengenai kebersihan makanan di situ.

Baca juga: “Bukan patung David!” – Rupanya ini jenis patung yang ada dalam rumah Syamimia