Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd. Ali, berkongsi berita gembira apabila berkongsi berita bahawa beliau telah mengikat pertunangan dengan seorang jejaka.
Melalui hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, wanita berusia 33 tahun itu berkongsi satu gambar bersama seorang lelaki ‘misteri’ di atas pelamin sambil memegang bunga tangan.
Dalam foto itu, Hidayah kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden berwarna putih dengan hiasan corak bunga berona biru. Namun wanita itu hanya meninggalkan kapsyen berbentuk emoji hati (cinta).
Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya berkongsi rasa gembira dan teruja atas pertunangannya dengan lelaki tersebut.
“Alhamdulillah, awak berhak (bahagia). Semoga segala urusan awak dipermudahkan Allah SWT,” ujar seorang pengikutnya.
“Semoga ini pilihan terbaik untuk Hidayah dan dipermudahkan segala urusan,” kata seorang lagi pengikutnya.
“Alhamdulillah, tumpang gembira untuk awak. Semoga semuanya berjalan lancar,” ujar seorang pengguna Instagram.
Terdahulu, Hidayah serta Allahyarham Abam Bocey mendirikan rumah tangga pada 2017.
Namun, Allahyarham dijangkiti demam panas dan meninggal dunia ketika dalam tidur pada 10 Februari 2020 dan meninggalkan seorang anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah.
Baca juga: “Pelik ayah lama tak balik rumah, rupanya naluri mak dah lama bagitahu yang ayah ada skandal lain”