Bank salah account, dua kanak-kanak bergelar jutawan selepas terima RM3.5 juta

Jarang kita mendengar bank yang melakukan kesalahan dengan membuat transaksi yang salah bernilai jutaan ringgit.

Namun, kisah dua kanak-kanak ini membuatkan satu kampungnya pergi ke bank demi melihat transaksi akaun mereka andai bertuah sepertinya.

Dua kanak-kanak ini mempunyai akaun bank di Bank Uttar Bihar Gramin dan suatu hari mereka menyemak baki akaun bank melalui pusat internet berdekatan rumah.

Ini kerana ibu-bapanya perlu membayar perbelanjaan sekolah serta seragam yang perlu digunakan untuk persekolahan mereka.

Kanak-kanak ini juga mendapat bantuan dari kerajaan dan sedang menunggu transaksi wang tersebut dikreditkan ke akaun mereka.

Apabila menyemak baki akaun, mereka mendapati sejumlah wang yang banyak telah dikreditkan ke dalam akaun simpanan.

Guru Charan Vishwas menjadi jutawan sekelip mata apabila mendapati sebanyak sembilan bi­lion rupee (RM510 juta) di dalam akaun simpanan

Sementara seorang lagi murid, Ashish menerima 62 juta rupee (RM3.5 juta) dalam akaun bank simpanan masing-masing.

Kejadian itu disahkan oleh ketua kampung dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

Baca juga: Bomoh tipu tukar duit jadi bantal, lelaki rugi RM22,000