Isteri mana tidak pernah hilang sabar dan sayang kepada suami melainkan dia bermain kayu tiga walaupun isterinya sungguh mulia budi pekertinya.
Usia perkahwinan yang dibina oleh mereka sudah mencecah 5 tahun dan mereka belum dikuarniakan cahaya mata.
Pernah beberapa kali si suami mengkhianati kepercayaannya hinggalah kantoi dan dia nekad ingin bercerai. Walaupun dia seorang yang dicintainya, ikuti kisah ini yang penuh dengan penyesalan di pihan suaminya.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Pertama sekali saya ingin memohon maaf setulus hati kepada isteri saya yang mungkin sekarang ini tak kan menerima saya semula.
Saya telah beberapa kali mengkhianati kepercayaan nya. Hingga lah baru2 ni kantoi lg dan akhirnya dia nekad ingin bercerai. Sepanjang perkahwinan kami hingga lah hari ini, saya sangat mencintainya dan saya tak pernah ada apa2 perasaan cinta kepad wanita lain selain dia.
Saya menggunakan anugerah Allah (wajah yang boleh di katakan kacak. Maaf saya bukan berniat riak.) untuk menarik perhatian wanita dan mengambil kesempatan untuk mendptkan wang. Dari awal perkahwinan hingga lah skrg, saya pernah berzina atau melakukan body contact dgn mana2 wanita utk mendapatkan wang. Baru2 ni kantoi bhwa sy berjumpa wanita lain (dgn niat yg sama) di dalam whatsapp di hp spare.
Hp itu skrg berada di tangan isteri saya dan semua chat masih ada di dalam. Saya mengenali wanita itu melalui aplikasi bigo. Saya ingin tegaskan tiada apa2 berlaku antara kami dan ini berlaku pada siang hari bukan di malam hari. Even d bigo saya mengakui saya single bila ada yg tnya.
Hanya utk mndptkan reward dari situ. Tp saya tak beri harapnan pada mereka even saya mengaku single dengan alasan saya tak mampu nak bercinta lagi sebab saya memang hanya mencintai isteri saya.
Serba sedikit megenai saya. Saya menanggung hutang yang sangat tinggi. Itu lah yg mendorong saya untuk membuat pilhan itu. Saya sangat berharap untuk menyelamatkan rumah tangga kami dan membimbing beliau ke jalan Allah.
Kepada isteriku, perhatikan chat dalam whatsapp tu. Jika betul abang ingin curang, pasti ada chat2 lanjutan yg berbaur percintaan dalam tu. Abang mintak maaf syg. Maaf sbb abang selalu ta ambk peduli bila sayang mengajak beribadat. Maaf kerana abg leka main game bilamana sayang mahukan belaian. Maaf sebab abang tak mampu bawa ayg melancong sperti suami2 yg lain.
Maaf sbb abg xmampu belikan sayang barang kemas yang sayang inginkan tu. Maaf sbb abang bukan suami yang terbaik untuk sayang walaupunn sayang katakan sebgitu pada sgelintir kawan sayang.
Andai hari ini adalah hari terakhir kita sebagai suami isteri, abang mendoakan yang terbaik untuk sayang. Andai masih ada peluang terakhir, abg berjanji kpd Allah abg akan membimbing sayang mengejar kebahagiaan akhirat inshaallah.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Baca juga: Ini penjelasan JAKIM tentang video tular, jemaah lelaki perempuan bercampur saf