“Banyak kali mak panggil tapi aku tak layan sebab nak tidur penat sangat, rupa-rupanya mak…”

Syurga itu dibawah telapak kaki ibu dan janji Allah tidak akan hidu bau syurga bagi anak yang menderhaka pada ibunya. Wanita ini telah berkongsi kisahnya untuk renungan kita bersama.

Seorang rakan chat wanita mengadu dan meminta nasihat bagaimana nak sabar dengan ibunya. Kadang-kadang wujud konflik hubungan di antara ibu dan anak. Terasa hati, marah, hilang sabar dan sebagainya. Aku bukanlah baik dan anak solehah sepanjang masa.

Pernah berdosa dengan mak. Pernah meIukakan hati mak juga. Mak aku tak penah buat salah, hanya aku sahaja yang tidak memahami emak. Dalam Islam, membuka aib sendiri sangat dilarang keras.

Hanya Allah saje yang tahu keburukan aku. Cuma ada beberapa kesalahan yang aku rasa boleh kongsi sebagai iktibar bersama. Di akhir hayat mak, Allah macam buka pintu hati aku agar tak jadi anak derhaka.

Tak buat benda yang akan aku kesal seumur hidup. Setahun dua sebelum mak meninggaI, aku perasan perubahan dia dan berazam menjadi anak yang baik. Masa sekolah mak pernah terasa dengan aku.

Aku lupa faktor apa. Kami tak bercakap dan aku lari ke perpustakaan memujuk diri. Masa nak balik, cuaca tiba-tiba hujan dengan guruh berdentum. Aku ketakutan teringat kisah anak derhaka. Bimbang dipanah petir.

Aku berdoa bagi aku peluang untuk tebus dosa dan akan jaga mak bila dia tua nanti. Pernah juga aku mengemas bilik mak dan buang barang tak guna yang berhabuk.

Mak punya marah sampai tak nak bercakap. Aku taubat tak mahu usik apa-apa lagi bimbang jatuh derhaka. Aku bekerja di negeri lain, tiap kali balik kampung, aku akan baIas dendam dengan tidur lepas Subuh sebab aku terlalu penat bekerja dan kurang tidur di perantauan. Katil rumah sendiri je aku nyenyak tidur.

Satu hari lepas subuh, aku dengar panggiIan mak sayup-sayup, aku buat bodoh je. Nak tidur sebab letih sangat dengan memandu perjalanan yang jauh. Tapi suara dia tak berhenti panggil. Rasa tak sedap hati, aku buka pintu bilik, suara mak dari bilik dia.

Terkejut tengok mak sedang menangis, duduk atas lantai. Mak cakap dia tiba-tiba hilang keseimbangan dan pandangan berpinar, tak boleh bangun nak ke tandas. Sejak hari tu juga aku suruh mak tidur kat ruang tamu supaya senang dia nak bergerak dan panggil aku.

Aku tidur dengan pintu bilik terbuka supaya boleh dengar dengan jelas jika mak panggil. Aku takut sangat jika mak meninggaI dalam keadaan tak redha pada aku. Aku tak mahu dicampak dalam neraka.

Pernah satu malam ni, tengah-tengah malam, aku dah tidur, terdengar bunyi macam lantai ditepuk tap tap. Aku jenis mudah terjaga walaupun tengah tidur. Cepat-cepat aku bangun tengok keadaan mak. Rupanya kena hypo (kurang gula) tengah malam. Cepat-cepat buat air milo letak gula dan sua straw ke mulut mak.

Mak macam tak sedar tapi dia minum. Dalam setengah jam baru dia sedar. Dia terpinga-pinga tengok aku duduk sebeIah dia tengah malam. Dia langsung tak ingat ape yang berlaku tadi. Time kena hypo memang dia tak sedar, meracau, mengumam. Pernah dia berguling-guling dan terkencing atas lantai. Sebagai anak, basuh saje. Ujian untuk kita sabar.

Kalau baca kisah anak derhaka, aku selalu berdoa semoga Allah pelihara aku. Semoga aku jadi anak yang baik. Semoga aku boleh jaga mak masa sakit dan cuci najisnya. Allah betul-betul makbul. Mungkin nak menguji kata-kata aku. Ada sekali time sakit, mak terberak dalam kain. Rasa dekat 10 helai kain terkena najis.

Ikutkan hati, aku ni jenis penggeli dengan najis. Tapi entah kenapa masa tu aku jadi tak geli. Aku basuh tapi dengan pakai glove. Rasa gembira lulus ujian. Harap-harap Allah terima amalan aku. Mak pernah cakap kat aku, kenapa lama tak telefon dia.

Aku pelik sebab berbelas kali telefon mak tak angkat. Geram juga nak marah masa tu. Allah tunjuk kesalahan aku depan mata. Aku kat dapur tengah masak. aku panggil mak tapi dia tak dengar walaupun jarak cuma dalam 3 meter. Aku kuatkan suara pun tak dengar. Aku pergi dekat baru mak aku perasan. Dia cakap tak dengar suara aku. Masa tu aku jadi pelik, kenape dengan mak aku ni?

Tak lama kemudian aku dapat jawapan. Rupanya kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan mak ambil menyebabkan deria pendengaran makin lemah. Sedihnya. Rasa berdosa sebab nak marah mak tak angkat telefon berpuluh kali. Rupanya mak sudah semakin uzur. Di akhir hayat dia, setiap petang dia duduk atas sofa, menghadap pintu utama sambil termenung kosong ke arah jalan besar depan rumah kami.

Masa ni aku mula terasa, ‘jangan-jangan umur mak dah tak lama’. Tahun terakhir raya bersama mak, tiba-tiba aku tenung muka mak kemudian terlintas ‘jangan-jangan tahun ni raya terakhir dengan mak’. Rupanya betul apa yang aku rasa. Mujur aku ubah sikap. Bayangkan jika aku buat dia terasa, menyesal seumur hidup sebab tak jaga dia dengan baik.

Sejak beberapa petanda keuzuran dan kesihatan mak merosot, aku jadi alert. Mak panggil, cepat-cepat aku menyahut, mak suruh cepat-cepat aku buat. Masakkan menu kegemaran dia. Jaga nada suara supaya tak kasar. Buat dia happy. Bawa jalan-jalan. Jangan buat dia tersinggung sebab bimbang itulah hari terakhir dia dengan kita. Emak hanya seorang, tiada galang ganti.

Kalau dia boleh bersabar mengandung, melahirkan, menyusu, menjaga dan membesarkan kita. Sabarlah dengan sedikit permintaan dia. Takut-takut kita akan menyesal nanti. Sudah 5 tahun mak pergi tapi hati masih rindu. Hanya mulut saje tidak bersuara. Hanya sesekali saje buka cerita. Jangan sampai kalian menyesal. Hargai ketika dia masih bersama. Masih ada di depan mata. – Nuhas (Bukan nama sebenar)

Baca: “Pakcik tu cakap dia sewakan untuk anak, rupanya dah bertahun tanggung anak menantu yang tak kerja sampai satu hari aku halau..”