Banyak negara dah haramkan ‘baby walker’, Malaysia bila lagi?

Bagi ibu ayah yang baru nak menyambut anak pertama merepa pasti berasa eksaited untuk menyambut. Maka bermacam lah persiapan yang akan dibuat termasuklah membeli barang-barang bayi.

Apabila anak sudah menginjak ke umur 6 bulan, kebiasaannya ibu dan ayah di Malaysia akan membelikan anak mereka baby walker. Tujuannya untuk memudahkan anak bermain dan bergerak kesana dan kesini di dalam rumah.

Tapi tahukan anda banyak negara sudah mengharamkan baby walker ini? Pelik kan. Apa sebab mereka mengharamkan?

Kajian dari luar negara memang tidak ada satu pun yang menyokong penggunaan walker dan kebanyakannya “banned” penggunaan walker disebabkan faktor keselamatan (kes terbakar, fracture, kecacatan dan kematian) dan masalah lambat perkembangan fizikal serta mental.

Memang comel melihat bayi berlari ke sana sini dengan Baby Walker, hakikatnya ia tidak memberi manfaat kepada perkembangan fizikal kanak kanak. Kemahiran berjalan bukan sahaja melibatkan pergerakan kaki, tetapi apa yang lebih penting adalah skill untuk menolak badan untuk berdiri, keseimbangan tubuh dan koordinasi.

RISIKO KECEDERAAN TINGGI

Selain itu, risiko kecederaan juga tinggi malah terdapat kes serius melibatkan kecederaan tengkuk dan kepala apabila kanak kanak jatuh dari tangga dan terjunam ke kolam .

Sekiranya anak anda tidak mengalami sebarang kecederaan akibat penggunaan walker, jangan sangka ia selamat. Ribuan kes kecederaan termasuk melecur dan tersepit dilaporkan setiap tahun. Di Canada, Baby Walker telah diharamkan sepenuhnya. Langkah ini juga bakal diikut oleh US setelah mendapat desakan persatuan pakar kanak kanak disana.

Baca: Dhabitah Sabri teruk kena cyberbully selepas berada di kedudukan terakhir di final