Membanggakan apabila Pulau Langkawi dan Pulau Pinang berjaya menduduki senarai 10 Pulau Terbaik di Asia 2024.
Kedua-dua pusat peranginan itu masing-masing menduduki tangga ke-7 dan ke-8 dalam ‘ranking’ tersebut.
Senarai itu didapati daripada tinjauan oleh majalah DestinAsian dalam ’17th Annual Readers’ Choice Awards 2024′ bagi mengetahui pulau yang menjadi destinasi terbaik di Asia.
Tempoh tinjauan berlangsung antara Ogos dan November 2023, dengan pemenang dipilih berdasarkan 36 kategori.
Ia merangkumi hotel dan pusat peranginan, kediaman perkhidmatan, syarikat penerbangan, lapangan terbang, laluan pelayaran dan destinasi.
Langkawi jatuh dua anak tangga berbanding senarai Pulau Asia Terbaik 2023 manakala Pulau Pinang tidak tersenarai dalam carta pada tahun lalu.
Menerusi tinjauan tersebut, Bali, Indonesia kekal mempertahankan tempat pertama diikuti Maldives, Phuket dan Koh Samui, Thailand.
“Boracay, Filipina menduduki tangga kelima diikuti dengan Phu Quoc, Vietnam, Langkawi dan Pulau Pinang, Malaysia, Palawan, Filipina dan Lombok, Indonesia,” menurut tinjauan itu.
Jangan tidak tahu, Langkawi turut dianugerahkan Pulau Kesembilan Terbaik di Dunia 2023 yang diberikan oleh majalah pelancongan antarabangsa, Travel + Leisure.
Pembaca majalah tersebut dianggarkan berjumlah 4.8 juta di seluruh dunia.
BACA JUGA Nama Faisal Halim muncul trending, ramai maki hamun pihak yang aniaya pemain bola sepak hebat ini