Biasanya kita melihat orang Melayu berbalas hantaran pertunangan tiga berbalas lima, lima berbalas tujuh, tujuh berbalas sembilan dan lain-lain lagi.
Tapi kali ini satu video dimuat naik oleh @hamidahgaffar, ia memaparkan jumlah dulang hantaran melebihi 30 telah meraih perhatian orang ramai susulan ia disifatkan sebagai perkara luar biasa.
Baginya ia adalah perkara yang pernah dibuat oleh kaum keluarganya, untuk memberi dulang hantaran yang banyak sekiranya salah seorang daripadanya mengikat ikatan yang sah.
Bagi orang awam, perkara itu kemungkinan adalah baru bagi mereka namun pemilik akaun berkata sanak saudara dan jiran merupakan penyumbang utama dalam perkara itu.
“Menjadi kebiasaan dulang hantaran jadi banyak sebab saudara dan jiran-jiran bagi juga.
“Rezeki yang dapat tu, lagi-lagi dapat makanan atau manisan,” katanya.
Video yang tular itu memaparkan keadaan rumah yang dipenuhi dengan dulang hantaran tunang.
Dulang hantaran tersebut antaranya ialah buah-buahan, manisan dan banyak lagi.