Bapa sanggup maafkan pembunuh anak lelaki tunggalnya. Seorang lelaki dari Arab Saudi sanggup memaafkan pembunuh tersebut dan tidak menuntut apa-apa daripada keluarga pembunuh.
Gulf News melaporkan, keluarga berkenaan memutuskan untuk memaafkan pelakunya selepas putera berkenaan meminta mereka berbuat demikian.
Gabenor Wilayah Asir Putera Turki bin Talal, menghadiri upacara pengampunan pembunuh budak lelaki itu, beliau memuji perbuatan baik keluarga itu, mengatakan bahawa mereka membuat semua rakyat negara itu bangga.
Majlis pengampunan jadi saksi penyelesaian konflik antara puak yang lama wujud
Awal tahun lalu, seorang bapa mengampuni pembunuh anaknya beberapa minit sebelum individu itu menjalani hukuman mati.
Menurut media tempatan, bapanya tidak menuntut pampasan seperti hukuman balas daripada keluarga pembunuh anaknya itu.
Bagaimanapun, dia menetapkan syarat bahawa banduan atau keluarganya tidak akan meraikan pengampunan.
Baca Juga: Wanita mengaku ‘nabi wanita pertama’, pakai baju menjolok mata duduk atas sejadah