Bapa ‘terbeliak’ tengok anak belikan ibu gelang emas RM5K, puji usaha anak walaupun kerja ‘biasa biasa’

Seorang bapa berasa kagum melihat usaha anak sulung untuk menggembirakan hati ibunya.

Menggunakan nama Pe Chey, lelaki ini kembali menceritakan bagaimana anaknya dapat menabung sebanyak itu dengan hanya mengambil masa cuma satu tahun.

“Irsyad tunjuk dekat saya semalam, bekas simpan duit sebab nak belikan hadiah untuk ibunya. Kotak ‘bodoh’ je dia guna. Tapi isi dalamnya sangat banyak.

“Saya ‘besar mata’ semalam tengok dia keluarkan duit masa bayarkan. Beribu-ribu. Tak macam tahun lepas, RM1,000 lebih je. Sampaikan ibunya kata, banyaknya abang simpan untuk ibu” imbasnya.

Menurut lelaki ini lagi, dia sendiri tidak mampu untuk memberikan hadiah sebesar itu kepada isterinya sebagaimana dilakukan Irsyad.

Dia turut mengakui dirinya juga tidak mampu untuk memberikan hadiah sebanyak itu kepada isteri sebagaimana dilakukan si anak dan kerana itu dia mengakui amat bangga melihat kesungguhan Irsyad membahagiakan ibunya.

“Saya pun tak mampu nak belikan hadiah yang sebesar itu kali ni untuk isteri. Banyak belanja bulan ni buat saya ‘pokai’.

“Tak apa. Rezeki ibu. Doakan abang murah rezeki lagi, sihat, boleh abang belikan lagi untuk ibu. Kalau kau yang baca ni, dengar anak kata begitu, saya tak tau macam mana perasaannya.

“Bukannya dia doktor, jurutera ataupun pensyarah. Jauh sekali kontraktor kelas A, dia hanyalah seorang anak sulung lelaki yang masih punya penyakit anxiety. Dia tak berpeluang habiskan pengajiannya,” jelasnya lagi.

Menurut Pe Chey, hadiah yang diberikan anaknya itu adalah bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia dan juga hari lari ibunya.

Saya tengok muka isteri, saya pandang wajah Irsyad, ada ‘pelangi petang’ yang seolahnya terlukis ” indah.

“Sebagai ayah, saya puas bila anak lelaki sulung, faham dan tahu tanggungjawab pada ibunya dan tak lokek berkongsi rezeki yang dia perolehi sehari-hari.

“Dia memang rapat dengan ibunya. Doakan dia sihat, doakan dia tetap ‘tunduk’ (merendah diri),” katanya lagi.

Baca juga: Tular kampung disangka hidupkan ajaran ‘Ayah Pin’, rupanya ada benda lain yang tersembunyi