Bapa terkedu lihat anak dan cucu berlumuran darah, menantu bogel naik motor

Bapa terkedu lihat anak dan cucu berlumuran darah, menantu bogel naik motor. Wanita dan bayi tersebut sudah tidak bernyawa ketika ditemui bapanya.

Suspek dan juga menantunya itu dipercayai kelar leher anak serta cucunya di Kampung Bakar Batu tengah hari semalam.

Terima panggilan kecamasan daripada anak sulung mengenai anak ketiganya

Menurut Harian Metro, Rosman Ahmad, 58, berkata dia menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya yang memaklumkan terdapat masalah di rumah anak ketiganya yang berusia 26 tahun sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila saya sampai, anak pertama dan kedua sudah ada di sini (rumah keluarga anak ketiga), saya lihat anak perempuan saya terbaring depan pintu rumah dengan luka di leher macam dikelar.

“Cucu lelaki saya, juga terdapat luka di leher, ketika itu ada jururawat sedang mengendongnya. Tetapi, saya difahamkan cucu saya ditemui di sisi ibunya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Wanita itu dan anak tunggalnya, Hans Mohd Thakif Amir berusia kira-kira dua bulan, ditemukan sudah meninggal dunia, dipercayai dikelar suaminya berumur 25 tahun.

Suspek larikan diri dalam keadaan bogel

Lelaki itu pula dilaporkan melarikan diri sejurus kejadian itu dengan menaiki motosikal dalam keadaan berbogel.

Beberapa video dan gambar memaparkan seorang lelaki dipercayai suspek dalam kejadian kelar isteri dan anak itu kemudian tular di media sosial.

Menantu ada masalah di tempat kerja

“Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.

“Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja.

“Dulu dia ada buat kerja pembersihan di stadium, lepas itu dia berhenti kerja. Kemudian saya dapat tahu dia hanya kerja sambilan mencuci kapal di Pasir Gudang dan bantu kerja-kerja penyediaan makanan,” katanya yang memaklumkan menantunya bukan seorang yang panas baran.

Jenazah kedua-dua mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu di sini, esok.

Baca Juga: Menyayat hati! Bayi lahir hasil sumbang mahram meninggal sebab penyakit genetik

Baca Juga: Netizen mengecam YouTuber buat ‘content’ tarik tudung jatuhkan maruah wanita