Ramai ibu bapa yang sering menjadikan anak sebagai hasil tuaian apabila mereka sudah besar kerana merasakan anak perlu membayar pengorbanan susah dan senang membesarkan mereka.
Perkara ini seolah olah menjadi kewajipan bagi anak anak dalam memberi nafkah kepada kedua ibu bapa sedangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab kepada ahli keluarga.
Wanita ini menceritakan bagaimana kedua ibu bapanya memerah hasil keringatnya dan sentiasa mengingat diri agar tidak lupa tanggungjawab terhadap kedua orang tua.
Salam semua. Sempena birthday aku hari ni, aku nak share dengan korang, aku ialah manusia polos yang dibodoh – bodohkan. Hari ni aku tukar nama. Nama aku Amy. Seorang wanita, berumur 30 tahun, dan berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.
Aku merupakan anak pertama dari 5 adik beradik. Mak ayah aku boleh kata orang alim. Dalam keluarga besar baik sebelah bapak ataupun mak, keluarga kitorang memang agak pelik. Dalam dunia sendiri. Dari kecik bapak aku hantar kitorang kat sekolah agama dan semua benda terkawal rapi.
Tapi itu bukan fokus utama aku. Aku sejak dari kecik memang menurut ajer kehendak mak ayah. Yela kita belajar kena ikut perintah mak ayah kalau tak masuk api ner4ka. Pengetahuan aku terhadap dunia ni dikawal. Dengan siapa aku berkawan dikawal.
Jadi aku tak tahu banyak benda, aku hanya tahu apa yang ada di sekeliling aku, apa yang mak bapak aku tunjukkan je. Bila aku habis belajar university, aku kena praktikal dekat company keluarga dan kerja kat pun dekat company keluarga.
Aku percaya jer bulat – bulat apa yang mak bapak aku cakap. Jadi korang boleh bayangkan tak betapa naifnya aku dengan dunia luar. Satu hari bapak aku nak beli kereta. Tapi dia nak guna nama aku. Aku pun bodoh ikut jer lah.
Aku dah rasa tak sedap hati, tapi aku takde sumber rujukan masa tu. Banyak kali bapak aku ada tunggakan keta tu, sampai akaun aku kena freeze kat bank, hmm.. Masa tu aku takde apa – apa tanggungan lagi, belum kahwin. Jadi aku diam jer lah.
Lepas tu bapak aku tukar nama company ke nama aku. Aku tak faham, tapi bapak aku gula – gulakan aku, nanti nak handover company ni kat aku. Satu hari aku dapat surat merah dari KWSP. Rupanya bapak aku tak bayar KWSP staff.
Aku dipanggil ke pejabat KWSP. Aku bagitahu bapak aku, bapak aku cakap tak payah pergi, nanti dia selesaikan. Tuptup tak lama lepas tu, dapat surat mahkamah dari KWSP. Diam – diam aku pergi, kat pejabat KWSP tu, bodoh – bodoh aku cakap kat pegawai tu bukan company aku.
Tapi masalahnya syarik4t atas nama aku, duit syarik4t masuk account aku. Kad bank mak bapak aku yang pegang. Masa ni umur aku dalam 25 tahun, agak – agak aku ni selevel Britney Spears ataupun Shila Amzah ker? Korang mesti nak tahu kan, macam mana aku settle KWSP tu.
Aku call bapak aku, bagitahu aku kena tahan kat pejabat KWSP. Bapak aku cuak, sebab lagi seminggu dua dah nak raya. Bapak aku deal dengan pegawai tu, dia bayar sikit – sikit. Hari tu jugak dia buat first payment. Terima kasih jugak la kat pegawai tu.
Ada lagi satu kes, masa ni aku dah kahwin dan tengah mengandung. Rumah mak bapak aku pakai orang gaji. Aku duk rumah asing. Mak aku cakap nak minta tolong, bawa orang gaji aku ke Singapore, hantar barang. Suami aku kerja, kalau aku pergi sendiri dengan sarat ni macam tak boleh.
Mak bapak aku pun masih kerja masa tu. Kan aku cakap, diorang ni islamic, kadang kadang diorang ada buat kelas – kelas agama, orang gaji mak bapak aku ada tolong – tolong jugak. Aku duk fikir nak hantar buku ke apa, aku tolong jer lah.
Tak bukan d4dah hahaha. Masa masuk Singapore tak problem sangat. Bila nak keluar Singapore, masuk balik Malaysia tu problem. Rupanya orang gaji ni dia pakai visa pelawat, dah 2-3 kali keluar masuk Malaysia, dapat la visa 30 hari. Pegawai immigration tu nak tahan kitorang.
Aku yang blur – blur ni iyekan jelah bila nak kena tahan. Nasib driver taxi cina tu tolong aku, dia sembang – sembang dengan pegawai tu, pegawai tu lepas. Entahlah aku yang bodoh, hidup dalam bubblegum ker. Atau mak bapak aku yang toxic dan lovebombing mana ada anak yang tak sayang mak bapak.
Tapi aku sampai tahap dah tak boleh dekat dengan diorang. Banyak lagi benda yang berlaku sepanjang aku dengan diorang, tapi aku highlights kat sini, kes – kes yang aku rasa bah4ya, yang akan impact hidup seorang anak tu.
Oh mak bapak aku selalu cakap, setiap kali kalau aku bantah atau berlaku pertengkaran, “tak nak masuk syurga ker?” Alhamdulillah lepas kahwin, dan alhamdulillah aku dapat suami yang betulkan balik mental health aku, aku dah pandai untuk jawab pada mak bapak aku,
‘Allah bagi seratus pintu untuk masuk syurga. Kita boleh pilih pintu yang mana.’ Aku tahu, sebelum ni kalau aku ceritakan hal ni pada orang luar, mesti ramai yang akan anggap benda ni must4hil. Mak bapak mestilah nak yang terbaik untuk anak – anak.
Tapi sejak viral kes tentang britney spears dan Shila Amzah, mata netizen lebih terbukak untuk terima hal – hal macam ni. Perkara macam ni benar – benar wujud, malah ramaiiii lagi kat luar sana. Jadi kepada adik – adik kat luar sana, terutamanya kalau korang lalu apa yang aku lalui ni, keluar dari zon tu. Kat luar sana, ada banyak pintu yang membahagiakan. Bukan dengan mak bapak kita sahaja. Find your own happiness. – Amy (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Tak sangka hampas kopi boleh hilangkan bau hanyir peti ais, lepas ni janji tak buang dah!