Barang berharga hilang sewaktu dalam kapal terbang, pramugara dedah rupanya wujud sindiket curi barang penumpang

Seorang bekas pramugara syarikat penerbangan mendedahkan wujud sindiket yang menyelongkar beg dan mencuri barangan milik penumpang dalam pesawat.

Pengguna TikTok, Atif Zul berkata, ia kerap berlaku terutama bagi penerbangan dari China dan Hong Kong.

“Kalau dulu ada pengumuman khas melibatkan penerbangan ini yang mana kita suruh laporkan sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan.

“Jadi, ini adalah isu yang sangat biasa kalau penerbangan yang panjang,” katanya menerusi video yang dimuat naik pada Rabu.

@atifzul Replying to @user7jns5qxppw ♬ original sound – Atif Zul

Tambahnya, beg berjenama turut menjadi sasaran sindiket itu selain menasihati penumpang agar tidak menyimpan wang dalam jumlah yang besar.

“Secara realitinya, ini hakikat kalau bawa beg yang berjenama lebih-lebih lagi di dalamnya ada wang tunai pula yang menunjukkan kemewahan seseorang. Secara tidak langsung ia mencuri perhatian sindiket.

“Cadangan saya, letak beg anda bertentangan dengan tempat duduk supaya boleh nampak dengan jelas kalau orang selongkar.

“Kalau letak di ruangan atas kepala penumpang, anda tak akan tahu kalau ada orang cuba selongkar beg atau buat apa,” ujarnya.

Baca juga: Lepas 3 hari kahwin baru tahu rupanya suami dinikahi ialah seorang lelaki jadian, patutlah tak pernah disentuh