Barista tak sangka perkongsian kopi tarik ribuan ‘views’, ini cara mudah buat kopi ala kedai terkenal

Keadaan di Malaysia kini menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat bersolidariti dan memberikan sokongan penuh terhadap gerakan memboikot produk serta jenama yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang terbiasa menggunakan jenama atau barangan yang sedang diboikot, mereka mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan situasi ini.

Salah satu jenama yang terlibat dalam gerakan boikot adalah rangkaian kedai kopi yang telah lama mendapat populariti dan kehadiran yang kukuh di Malaysia.

Bagi mereka yang mungkin ‘ketagihan’ kepada minuman tersebut, seorang barista yang dahulu pernah bekerja di salah satu cawangan kafe itu berkongsi cara membancuh kopi yang tidak kalah lazatnya di Facebook.

Bahan-bahan:

1. 1 sudu kecil serbuk Nescafe

2. 2 hingga 4 sudu kecil susu cair

3. 1 atau 2 sudu susu pekat manis

4. Gelas untuk isi padu air 280 hingga 325 mililiter

Cara-caranya:

1. Gaulkan semua bahan dalam satu gelas.

2. Tuangkan air panas yang mendidih setelah semua bahan dikacau.

3. Anda juga boleh menambahkan satu sudu minyak kelapa dara (untuk perasa almond latte).

Menurut barista ini, air perlu dimasukkan dengan sukatan tiga per empat gelas untuk mendapatkan kepekatan bancuhan sepatutnya.

Kesedapan minuman ini bergantung pada kesempurnaan warnanya, seperti yang dijelaskan oleh barista, dengan memberikan contoh warna air di Sungai Pahang.

Bagi penggemar kopi, amatlah disarankan untuk mencuba resipi ini.

Selamat mencuba!

Baca juga: “Tak tergamak nak kahwin dengan driver lori, bukan hidup senang tapi lagi bertambah susah”