Jarang kita dengar tempat atau kawasan mewah di Kuala Lumpur diserbu. Biasanya pihak berkuasa sebolehnya mahu tempat ini ‘dilindungi’ kerana status kawasan tersebut.
Apa yang mengejutkan semalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak drastik dengan menyerbu pusat membeli belah paling mewah di Malaysia iaitu di Pavillion KL.
Memetik dari Sinar Harian Online, DBKL mengeluarkan sebanyak 82 notis kesalahan dalam satu operasi pemeriksaan lesen dijalankan di Pavilion Bukit Jalil.
Operasi dilaksanakan DBKL menerusi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) bersama Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dan pemeriksaan melibatkan sebanyak 521 premis.
Namun siapa sebenarnya disebalik ketegasan DBKL membuat serbuan ini? Tidak lain tidak bukan adalah Datuk Bandar DBKL, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif yang baru dilantik Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Siapa Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu ini? Beliau mempunyai pengalaman yang luas, malah pernah menjadi Pengarah Eksekutif Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) yang yang berpusat di Nairobi, Kenya, selama enam tahun dan menjadi satu-satunya wanita Asia pertama yang memegang jawatan terbabit.
Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai serta pernah menjadi Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).
Dengan pengalaman selama 39 tahun dalam perancangan bandar, penjanaan semula bandar dan pembangunan yang diterajui komuniti, beliau adalah individu yang bertanggungjawab mengembalikan kedudukan UN-Habitat sebagai peneraju pemikiran dalam perbandaran mampan.
Beliau juga pernah diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Secretary-General’s Task Force on the Future Cities dan Pengerusi Bersama Local 2030 Coalition.
Maimunah juga menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti pengiktirafan sebagai Tokoh Perancang Bandar Malaysia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Ahli Kehormat Royal Town Planner’s Institute, United Kingdom; Felo Kehormat, United Cities of Local Government (UCLG) dan Ambassador of His Majesty King Charles III (King’s Foundation) dalam perbandaran mampan di negara-negara Komanwel.
Beliau juga dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Alam Bina dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Baca: Juara olimpik tunjuk perbezaan kualiti pingat emas Japan 2021 dan Paris 2024