Baru sahaja mohon kad bank, lelaki terkejut dalam bank ada RM780 juta tak pernah mimpi jadi jutawan rupanya…

Baru sahaja mohon kad bank, lelaki miskin terkejut di dalam banknya ada RM780 juta malah beliau tak pernah mimpi jadi jutawan serupa itu.

Tidak pernah terfikir beliau akan jadi jutawan tapi bagaimanapun hanya tiga jam sukar dilupakannya kerana inilah kali pertama dia menjadi ‘jutawan’ sepanjang hayatnya.

Inilah ‘durian runtuh’ yang diterima oleh Liu di sebuah bank pertanian di Changsha, Hunan, pada jam 3 petang, Ahad lalu.

Ketika dalam perjalanan pulang dari bank tersebut, Liu menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank menyatakan wang sebanyak 1,212,405,360 Yuan (RM780 juta) telah secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam akaun simpanannya.

Kira-kira 6 petang, Liu kembali semula ke kaunter bank dan kemunculannya memang melegakan pegawai bank kerana ia berpunca daripada kesilapan kakitangan bank sendiri.

Rupa-rupanya 1212405360 adalah nombor akaun bank Liu tetapi atas kecuaian kakitangan bank, nombor itu telah dikreditkan ke dalam akaun simpanannya sehingga menjadi 1,212,405,360 Yuan.

\Atas kerjasama yang diberikan, Liu diberikan ‘ang pau’ sebanyak 200 Yuan (RM130) sebagai sagu hati oleh pihak bank.

Difahamkan, kakitangan bank yang menguruskan transaksi tersebut adalah kakitangan baharu yang masih belum mahir mengendalikan kerja yang diberikan kepadanya.

Baca juga: Lelaki ini kena ‘scam’ sedekah Al Fatihah untuk liang lahad tiruan