Tak sempat merasai detik manis seorang wanita berusia 39 tahun maut selepas tergelicir lalu terjatuh setinggi 32 meter daripada sebuah tebing.
Wanita itu dikatakan sedang berkelah bagi meraikan pertunangannya di sebuah kawasan peranginan di Turki pada awal Julai lalu.
Portal Daily Mail pada Isnin melaporkan, kemalangan tragis itu berlaku ketika wanita malang tersebut, Yesim Demir sedang bercuti bersama teman lelakinya, Nizamettin Gurus di Polente Cape dekat bandar Canakkale, wilayah Marmara.
Lebih menyedihkan, Demir baru sahaja dilamar oleh kekasihnya pada petang tersebut dengan pasangan itu naik ke tebing berkenaan untuk berkelah sambil menyaksikan matahari terbenam.
Lebih menyedihkan, Demir baru sahaja dilamar oleh kekasihnya pada petang tersebut dengan pasangan itu naik ke tebing berkenaan untuk berkelah sambil menyaksikan matahari terbenam.
Ketika kejadian, Nizamettin dilaporkan sedang berada mengambil barangan keperluan perkelahan di kenderaannya sebelum tiba-tiba mendengar jeritan daripada kekasihnya itu.
Sebaik bergegas ke tempat tersebut, dia mendapati tunangnya sudah pun terjatuh dari tebing berkenaan.
Ekoran daripada kejadian itu, Yesim dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan dialami dengan usaha pasukan perubatan untuk memberikan rawatan selama kira-kira 45 minit menemui jalan buntu.
Nizamettin berkata, dia pada awalnya memilih kawasan tebing tersebut sebagai tempat untuk mencipta kenangan romantik bersama tunangnya itu selepas selesai membuat lamaran.
“Segalanya berlaku dengan pantas, dia hilang keseimbangan dan jatuh,” ujarnya seperti dilaporkan media tempatan.
Pihak berkuasa tempatan segera menutup lokasi tersebut untuk siasatan susulan dan masih belum dibuka kepada orang ramai sejak awal Julai lalu.