Penyakit mental yang menyerang ramai anak muda zaman kini memang menakutkan. Apatah lagi di usia yang sangat muda mereka mudah didiagnos menjadi kemurungan akibat stress yang melampau.
Sebagai masyarakat yang peka, kita perlulah meletakkan empati yang tinggi pada golongan ini namun harus berhati hati kerana bimbang akan dikasari oleh pesakit mental.
Walau bagaimanapun, berbanding dengan orang yang kurang siuman atau gila, 5 sindrom masalah mental yang kami senaraikan di bawah ini jauh lebih serius dan benar-benar menguji kesabaran. Ini adalah 5 gangguan mental yang aneh yang ingin kami kongsikan dengan anda hari ini.
1. Sindrom Capgras
Sindrom Capgras adalah gangguan yang boleh mempengaruhi sesiapa sahaja. Apa yang berlaku kepada mereka adalah sangat mengganggu – individu yang mengalami sindrom ini mungkin ‘melupakan’ mana-mana individu seperti suami, anak, adik-beradik, atau sesiapa sahaja yang mereka kenali sebelum ini, dan mula mempercayai bahawa individu yang ada sebenarnya hanyalah seseorang yang berpura-pura menjadi mereka.
2. Sindrom percaya diri mereka binatang
Bagaimana untuk mengenali individu yang mengalami penyakit mental yang dikenali sebagai sindrom boanthropy? Caranya cukup mudah. Mereka akan bertindak seolah-olah mereka adalah seekor lembu. Ini disebabkan mereka percaya bahawa mereka sebenarnya adalah sejenis binatang tersebut, mungkin kerbau atau seladang. Mereka akan menunjukkan perilaku yang menyerupai spesies tersebut.
Selain dari kategori boanthropy, terdapat satu lagi kategori besar penyakit mental yang dikenali sebagai ‘species dysphoria’, di mana banyak individu percaya bahawa mereka sebenarnya dilahirkan dalam spesies yang salah. Terdapat di antara mereka yang percaya bahawa mereka adalah serigala, rakun, harimau, dan pelbagai binatang lain – bukan manusia biasa.
3. Apotemnophilia
Salah satu sindrom yang paling berbahaya terhadap pemilik badannya sendiri, apotemnophilia, menyebabkan seseorang ingin mencacatkan anggota badannya, khususnya tangan dan kaki, tanpa sebab yang jelas. Dari segi mental, individu yang mengalami sindrom ini merasa tidak selesa dengan kesempurnaan anggota badannya!
Menurut kajian yang telah dijalankan sejak kali pertama direkodkan pada tahun 1977, kebanyakan individu yang mengalami masalah ini berpunca daripada rasa keinginan seksual yang ganjil, seperti keseronokan melihat anggota tubuh individu lain dipotong.
Kes pertama yang benar-benar mencetuskan kontroversi adalah kes seorang doktor bernama Robert Smith, seorang pakar bedah dari Scotland yang mencacatkan salah satu kaki dua pesakit dari England dan Jerman pada tahun 1997 dan 1999 – atas permintaan pesakit itu sendiri.
4. Pica disorder
Sekiranya anda sudah berkahwin dan mempunyai isteri yang mengandung, mengidam makanan tertentu biasanya berlaku. Bagaimanapun, bagi beberapa ibu yang unik, mereka mungkin mengalami satu ketidakseimbangan mental yang dikenali sebagai ‘pica disorder’.
Pica disorder boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, bergantung kepada objek yang diidamkan untuk dimakan. Antaranya termasuk ais, rambut, kertas, cat kering pada dinding, objek tajam, besi, batu, kaca, najis, kapus, dan tanah.
Gangguan ini boleh menyerang kanak-kanak serta individu yang mengidap autisme selain ibu mengandung. Risiko yang dihadapi oleh individu yang terkesan amat tinggi, terutamanya apabila melibatkan kanak-kanak.
5. Sindrom Kluver-Bucy
Sindrom yang dinamakan sempena nama pakar yang menemuinya, iaitu Heinrich Klüver, berlaku apabila terdapat kerosakan pada bahagian otak yang menyebabkan perubahan identiti pesakit untuk berkelakuan ganjil.
Terdapat beberapa jenis keganjilan, antaranya termasuk kesukaan untuk makan dalam kuantiti yang melampau, kecenderungan untuk memasukkan objek ke dalam mulut, atau lebih teruk lagi, hiperseksualiti.
Masalah besarnya; semua sindrom itu berlaku serentak.
Dalam sebuah kes yang melibatkan seorang lelaki berusia 69 tahun pada tahun 2011, lelaki tersebut mulai lebih suka menyendiri dan identitinya menjadi lebih ganas. Tabiat makannya juga berubah, dia menjadi seorang pelahap dan sering menggigit tongkatnya serta memasukkan tangan ke dalam mulut.