Baru tahu ada beza orang cina dan melayu parking kereta, ini buktinya

Seorang wanita yang tinggal di kawasan kejiranan berpendapatan tinggi berkongsikan pemerhatiannya terhadap cara parking kereta yang berbeza antara orang Melayu dan Cina.

Beliau yang difahamkan seorang doktor kecantikan dengan memiliki beberapa cawangan klinik berkata, rata-rata orang Melayu buat parking reverse tetapi tidak bagi Cina.

Dalam masa sama, ujarnya, rumah orang Cina juga terang-benderang dipasang lampu manakala masyarakat Melayu dilihat tidak memasang lampu di luar rumah sepanjang malam.

Rata-rata netizen memberi pendapat berbeza berkenaan cara parkir kenderaan di rumah.

Bagi yang sudah biasa dan cekap untuk parking reverse, mereka memberitahu cara parkir itu merupakan protokol keselamatan yang memang diberi penekanan dalam kursus keselamatan.

“Memang requirement safety and health agency, kereta kena parking reverse. Cubalah lalu kat NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara) di Bangi, semua kereta parking reverse,” kata seorang netizen.

Ramai juga berpendapat parkir kereta secara mengundur sebenarnya memudahkan kenderaan untuk keluar nanti.

Dalam masa sama, ada menyifatkan parkir kereta secara mengundur merupakan langkah keselamatan daripada ancaman perogol dan perompak sejurus pagar rumah dibuka.

“Kalau kita parking masa keluar baru nak reverse itu bahaya bagi keselamatan. Penglihatan kita terhad sebab kena toleh belakang. Jadi, ketika pagar auto sedang dibuka penjenayah boleh mencelah masuk tanpa kita sedar,” kata seorang pelayar YouTube.

Sementara itu, mereka yang tidak bersetuju dengan parking reverse di rumah sebaliknya selesa dengan memandu masuk bahagian depan dahulu ada alasan masing-masing.

“Tak elok juga parking reverse sebab waktu kita start kenderaan, kita boleh cemarkan udara dalam rumah dengan bahan buangan ekzos, lagi-lagi kalau pintu depan betul-betul tempat parking kereta.

Parking reverse di tempat keja atau tempat terbuka macam parking awam je sesuai reverse, di rumah tak sesuai,” kata seorang warganet.

BACA JUGA Umur dah nak cecah 99 tahun, ini dakwaan terkini Tun Mahathir