Berbaki seminggu lebih sahaja untuk menyambut hari raya puasa, pasti ramai yang merancang untuk membuat kuih raya bukan?
Membuat kuih raya awal dapat mengurangkan kekalutan tetapi apa yang merisaukan ialah kuih raya mungkin tidak menjadi sedap, lembap, atau berbau hapak.
Untuk mengelakkan kesan seperti itu pada biskut raya yang telah banyak dibuat, Baker Azamar Norasikim Cikza memberikan tip untuk menjaga agar biskut raya tetap segar, tahan lama selama 6 bulan, dan bebas dari bau hapak serta rasa lemau.
Tip buat biskut raya awal, biskut tahan 6 bulan tanpa pengawet
1. Jemur tepung dan gula terlebih dahulu. Ini akan membuat biskut menjadi lebih ringan.
2. Pastikan biskut disimpan dalam bekas kedap udara.
3. Bungkuskan sebunjut garam dan letakkan dalam bekas biskut, atau belilah bungkusan yang sudah siap dipacking di kedai bakery.
4. Taburkan sedikit gula ke dalam bekas. Ini bertujuan untuk mengelakkan biskut berbau hapak.
5. Alas setiap biskut dengan lapisan kertas minyak.
6. Pastikan biskut benar-benar dingin sebelum disimpan dalam bekas.
7. Pastikan untuk membakar jenis kekacang terlebih dahulu sebelum menggunakannya dalam kuih agar tidak cepat menjadi lembap dan berbau hapak.
Semoga bermanfaat!