Baru tahu bahaya simpan telur di pintu peti ais, rupanya kena simpan di bahagian ini..

Banyak orang menyimpan telur dalam peti sejuk, terutamanya kerana pintu peti sejuk biasanya dilengkapi dengan rak khusus untuk meletakkan telur.

Tetapi rupanya ia cara menyimpan yang salah! Menurut maklumat dari Public Health Malaysia, pintu peti sejuk bukanlah tempat yang sesuai untuk menyimpan telur.

Ini disebabkan suhu di bahagian pintu tidak stabil kerana selalu dibuka maka ia boleh memendekkan jangka hayat telur. Sebaliknya, disarankan untuk menyimpan telur di bahagian lain didalam peti sejuk yang lebih stabil suhunya.

1. Simpan dalam peti sejuk

Kuning telur mengandungi bakteria Salmonella tetapi ia boleh dimatikan dengan menyimpannya dalam peti sejuk pada suhu 4 darjah Celsius.

Telur turut bertahan dalam masa 4-5 minggu andai disimpan dalam peti sejuk.

2. Jangan letak di pintu peti sejuk

Ini kerana pintu sentiasa dibuka tutup, maka ia menyebabkan suhu di pintu tidak stabil dan berubah-ubah dan menjejaskan suhu telur.

3. Guna bekas asal telur

Jika menggunakan bekas asal telur, ia akan melindungi telur dari pecah dan mengelakkan makanan lain di dalam peti sejuk berbau telur.

Selain itu, tarikh luput telur juga terpapar di bekas telur dan kuning telur akan sentiasa berada di posisi tengah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Irma Hasmie terkilan rakan baik kongsi kisah penceraian, akui tidak mahu buka pekung di dada