Hari ini merupakan hari ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang dikehendaki menyambung tahanan reman mereka selama 6 hari.
Namun ramai yang tidak mengetahui maksud kepada warna baju yang dipakai oleh ibu dan bapa Zayn Rayyan.
Difahamkan, ada lebih 8 jenis warna baju banduan yang ada di Malaysia. Mari kita lihat bersama-sama.
1. Ungu
Baju ungu adalah untuk tahanan reman, iaitu Orang Kena Tuduh (OKT) yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Selagi hukuman belum diputuskan, mereka akan kekal direman kecuali jika diberikan jaminan. Terdapat juga penghuni yang tidak mempunyai peruntukan jaminan atas pendakwaan kes-kes berat di mahkamah.
2. Putih
Baju dan seluar putih yang dipakai tahanan pula melambangkan bahawa individu sedang menjalani hukuman singkat di bawah 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang diadili oleh mahkamah.
3. Merah
Baju merah dikhaskan kepada mereka yang menjalani hkuman selama 6 bulan ke atas dan ia adalah warna peringkat pertama atau dikenali dengan nama kolar merah.
Ia juga dinamakan Program Permodalan Insan (PPI).
4. Hijau
Kolar hijau adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan sehingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Kebanyakan mereka menjalani program (PPI) Fasa 2.
Ini adalah Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi 2 bahagian pembelajaran dinamakan ‘Halaqah’ untuk agama dan ‘Therapeutic Community’ untuk terapi kemasyarakatan.
5. Biru
Peringkat ‘kolar biru’ pula adalah bagi mereka yang menduduki penjara dalam masa lebih 18 bulan.
Ia juga sering dipakai oleh mereka yang dijatuhi hukuman ‘banduan seumur hidup’ dan juga ‘banduan hayat’.
6. Hijau Fluorescent
Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent‘ dipakai oleh banduan Pra-bebas iaitu mereka yang bakal dibebaskan dan akan bekerja di kawasan persekitaran penjara.
Mereka ini asalnya memakai baju berwarna merah,hijau dan biru.
7. Putih dengan kolar dan lengan merah
Untuk pengetahuan semua, individu yang memakai baju ini amat ditakuti kerana mereka adalah golongan ‘banduan akhir’.
Mereka adalah penghuni yang sedang menunggu pelaksanaan hukuman gantung atau menanti keputusan rayuan Mahkamah Agung untuk mengurangkan hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hidup.
8. Oren
Pada fasa ini, mereka belum dikategorikan sebagai banduan. Mereka memakai baju lokap polis dan masih berada di bawah tahanan polis sepenuhnya, atau disebut sebagai Orang Kena Tuduh (OKT).
Baca juga: Melopong tengok harga roti Gardenia tahun 2003, netizen kata “penemuan bersejarah”