Jenama Nokia sangat digemari pada zaman dahulu kerana telefon bimbit yang dikeluarkan oleh jenama ini sangat tahan lasak walaupun jatuh berkali-kali.
Dikenali sebagai gergasi telekomunikasi, perjalanan kemerosotan Nokia dari peneraju dalam pasaran dan reputasinya sebagai pakar inovasi dalam pembangunan teknologi baru kepada sebuah jenama yang tidak lagi disegani.
Nokia juga dari sebuah nama besar kini hanya layak dianggap sebagai produk niche.
Selain produk komunikasi, ramai tidak mengetahui ada 5 produk lain yang dikeluarkan oleh jenama Nokia.
1. Tisu Tandas
Jika anda tidak tahu, syarikat ini dinamakan Nokia sempena nama pekan Nokia di mana tempat syarikat mereka bermula.
Meskipun terkenal sebagai gergasi telekomunikasi dunia, tidak ramai yang tahu bahawa Nokia sebenarnya bermula sebagai syarikat pengeluar kertas tisu tandas.
Pada tahun 1871, Nokia AB ditubuhkan berdekatan Sungai Nokia, yang menjadi sumber air penting untuk digunakan dalam pemrosesan kayu yang diperlukan untuk menghasilkan produk mereka.
2. Kasut getah Nokian
Dalam tahun 1967, tiga syarikat digabungkan menjadi satu di bawah konglomerat utama yang dikenali sebagai Nokia Corporation.
Akibat penggabungan tersebut, pelbagai cabang perniagaan bersatu di bawah nama Nokia. Divisyen pengeluaran produk getah yang sudah terkenal ketika itu menjadi salah satu sumber perniagaan utama bagi syarikat.
Penggabungan syarikat pengeluar but getah Suomen Gummitehdas di bawah bendera Nokia memperkenalkan jenama ‘Nokian’ ke pasaran, dengan kasut but Nokian mula diedarkan pada tahun 1973.
Inisiatif untuk memulakan pengeluaran but Nokian bertujuan untuk mencipta sebuah jenama tempatan dari Finland yang mampu bersaing dengan but import dari Kesatuan Soviet/Rusia yang mendominasi pasaran pada masa tersebut.
3. Tayar Nokian
Selain kasut getah, satu siri produk yang dilancarkan di bawah jenama ‘Nokian’ dan juga berkaitan dengan getah adalah tayar kenderaan.
Warisan dari Suomen Gummitehdas yang diwarisi oleh Nokia memungkinkan Nokia memulakan pengeluaran siri tayar untuk pelbagai jenis kenderaan termasuk kereta, bas, lori, trak, dan kenderaan berat lainnya.
Dikenali sebagai Nokian Renkaat atau Tayar Nokia, hasil dari pembentukan Nokia Corporation pada tahun 1967 membawa perkembangan pesat bagi syarikat tersebut. Nokian Renkaat adalah satu-satunya pengeluar tayar di dunia yang memiliki pusat ujian tayar musim dingin yang diiktiraf di seluruh dunia.
4. Nokia Data MikroMikko
Melihat kepada trend perkembangan komputer yang bergerak laju pada era 1980-an, Nokia membuat keputusan untuk membuka cabang niaga baru khusus untuk membangun produk dalam kategori ini.
Nokia Data ditubuhkan pada tahun 1981, dan mereka melancarkan siri komputer pertama di bawah jenama Nokia MikroMikko pada bulan September 1981.
Pembangunan siri produk ini berjalan dengan lancar kerana sebelum itu Nokia telah membeli divisisyen komputer dari gergasi elektronik Swedia, Ericsson.
Ini memudahkan rangkaian Nokia Data untuk melancarkan siri komputer peribadi mereka untuk pasaran awam sebelum gergasi pengkomputeran IBM melancarkan siri komputer peribadi pertama mereka.
Namun malang melanda, siri peranti keluaran Nokia Data gagal bersaing dalam pasaran. Ia menyebabkan Nokia mengambil keputusan untuk menjual produk komputer mereka kepada sebuah syarikat dari Britain yang dikenali sebagai ICL pada akhir dekad 1980-an.
5. Peluru Sako Nokia
Mengejutkan apabila Nokia turut mengeluarkan produk peluru sendiri pada zaman kegemilangan mereka.
Beberapa tahun sebelum Nokia memulakan peralihan syarikat untuk memfokuskan kepada peranti elektronik awam yang akhirnya menjadi identiti utama mereka.
Nokia aktif dalam pembangunan peralatan ketenteraan setelah memperoleh pegangan saham dalam syarikat pengeluar senjata terkenal di Finland, Sako.
Pemilikan ini membawa kepada pengeluaran pistol, senapang, dan peluru di bawah jenama Sako-Nokia.
Baca juga: Satu keluarga dapat ‘jackpot’, jumpa beg berisi jutaan syiling lama dalam rumah usang