Baru tahu punca utama Syamsul dan Ira Kazar bercerai

Siapa tidak kenal pasangan Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang pernah menggemparkan negara 2 tahun dahulu. Nama Ira Kazar sewaktu itu dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan Syamsul dan Puteri Sarah.

Akhirnya mereka selamat bernikah di selatan Thailand selepas kontroversi tersebut. Perkara itu disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya pada Januari tahun lalu.

Namun tidak sampai pun 2 tahun berkongsi kasih secara halal, tiada angin dan ribut mereka sudahpun disahkan bercerai semalam. Perkara ini disahkan oleh peguam Syamsul sendiri di mahakamah.

“Benar, Syamsul telah failkan cerai terhadap Ira pada petang tadi (Isnin),” katanya seperti dipetik Mstar.

Permohonan cerai itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Syamsul Yusof memfailkan perceraian terhadap Ira Kazar.

Jelas Azmi, Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, membuat tindakan tersebut kerana mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina.

“Sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka,” katanya ringkas.

Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka itu berakhir dengan penceraian apabila pengarah itu melafazkan talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.

Baca: Aqil Zulkiflee dikecam buat aksi tak senonoh dengan isteri dalam kolam