Baru tahu rupanya buah oren yang manis dan sedap perlu ada 3 perkara ini. Nak tahu 3 pekara ini tidaklah sukar mana pun.
Tapi biasanya kita beli oren ada kala masam sampai tak boleh nak telan.
Setiap kali melakukan pembelian buah di pasar raya, pasti kita tidak ketinggalan untuk turut membeli buah oren yang sangat bagus untuk kulit dan penghadaman.
Namun, impian untuk makan buah oren yang manis terlerai apabila buah oren yang dipilih semuanya masam masam! Macam mana nak pilih buah oren yang manis ya?
Ini dia.
- Pilih yang ada lubang/pusat
Ketika anda memilih buah oren di pasar raya, Pastikan buah oren tersebut mempunyai lubang di atas kepalanya, seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Menurut sumber, katanya spesies buah oren berlubang ini memang mempunyai rasa yang manis.
- Elak daripada memilih buah yang tiada lubang
Sekiranya buah oren tersebut tidak mempunyai lubang (seperti di dalam gambar) Ia bermakna buah oren itu masam. Buat anda yang memang suka akan buah oren masak tidak mengapa, tapi untuk anda yang tidak, maka makan pun sambil pejam-pejam matalah jawabnya. Konklusinya, buah oren yang tidak berlubang ni selalunya masam.
- Bau buah oren
Selain itu, pastikan anda hidu dulu bau buah oren tersebut. Sekiranya baunya manis bermakna rasanya juga memang manis. Pasti anda pernah lakukan ini ketika memilih buah oren bukan? Ternyata teknik yang digunakan tersebut memang tepat!
*Jadi, selepas ini kalau nak beli buah oren di pasar raya pastikan anda praktikkan petua yang disenaraikan di atas ya. Barulah sedap mengunyah buah oren manis seisi keluarga!
Baca juga: Media kecewa sampai 6 kenderaan polis kawal. Siapa dia? VVIP ke?