Baru tahu sebab apa orang tak jual telur ayam belanda

Setiap hari, hampir boleh dikatakan kita akan mengambil makanan yang berbahan asas telur ayam, sama ada dimasak sebagai lauk, digoreng, direbus, dan sebagainya.

Namun, adakah kita pernah memikirkan tentang telur ayam Belanda? Adakah ia sesuai untuk dimakan? Bagaimana dengan rasanya berbanding dengan telur ayam biasa? Adakah ia tersedia secara meluas di pasaran?

Untuk pengetahuan anda, jualan telur ayam Belanda dalam industri makanan tidak seaktif seperti jualan ayam daging, ayam kampung, dan produk lain dalam pasaran.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi isu ini, antaranya:-

1. Produktiviti telur yang memakan masa

Jika kita membandingkan dengan spesies burung lain seperti ayam, contohnya, ayam mampu mengeluarkan telur secara purata sebanyak sebutir sehari untuk satu tempoh tertentu.

Tetapi berbeza dengan ayam Belanda, spesies ini hanya akan bertelur sebanyak dua biji telur sahaja dalam tempoh seminggu.

Jadi, adalah lebih baik jika telur ayam Belanda diinkubasikan untuk memperoleh lebih banyak anak ayam Belanda. Selain itu, jika dijual, harganya agak tinggi. Menurut Modern Farmer, harganya kira-kira USD 3 atau sekitar RM 12.10 untuk satu biji.

2. Kitaran tempoh bertelur yang lambat

Usia matang bagi ayam Belanda untuk mula bertelur adalah agak lambat. Penternak perlu bersabar dan menunggu selama kira-kira tujuh bulan sebelum dapat memastikan bahawa ayam Belanda tersebut mula menghasilkan telur.

Ini sangat berbeza dengan ayam biasa yang hanya memakan masa lima bulan sahaja.

3. Tahap penjagaan yang ‘complicated’

Berbeza dengan ayam biasa yang boleh hidup dalam sangkar biasa, ayam Belanda memerlukan keadaan sekeliling yang sesuai. Disebabkan saiznya yang lebih besar berbanding ayam biasa, penternak perlu menyediakan sangkar atau kurungan yang lebih besar untuk memenuhi keperluannya.

Selain itu, pemakanan ayam Belanda juga berbeza di mana dikatakan memiliki tabiat pemakanan yang lebih kerap. Sumber makanannya termasuk dedak, bijirin, dan makanan semulajadi seperti tumbuhan hijau. Semua ini tentu memerlukan penternak untuk mengeluarkan kos yang tinggi.

Ini adalah faktor-faktor yang menjelaskan mengapa jarang terdapat telur ayam Belanda di pasaran komersial. Walau bagaimanapun, permintaan terhadap daging ayam Belanda kadang-kadang meningkat.

Baca juga: Terkejut tengok harga! Strawberry jenis ini rupanya boleh cecah RM1,592 sebiji