Baru tahu kenapa perenang suka sangat pancut air botol ke muka rupa-rupanya air di dalam kolam renang suhunya berbeza dengan air di luar.
Aliff Satar telah memberi ilmu baru yang tidak diketahui umum tetapi sering kali melihat perenang berbuat demikian pancut air botol ke muka sedangkan boleh saja menyelam dalam kolam.
Video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @shuibimtbue yang meraih perhatian ramai.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Alif Satar menjelaskan mengapa sering kelihatan perenang yang selalu memancutkan air botol ke muka mereka selepas berenang.
“Dulu ada satu gambar, seorang perenang dia buat macam ni, ramai orang kondem orang cakap ‘kau masuk jela dalam air’”
“Ni Alif nak bagitahu korang kenapa dia buat macam ni”-kata Alif Satar.
Rata-rata netizen komen mengenai mereka juga baru mengetahui hal tersebut. Dan ada juga yang pernah laluinya dan mengatakan suhu air berbeza ketika di dalam kolam renang dan air di luar kolam.
“Wow new Knowledge thank you”
“Btw main sukan air memerlukan tenaga yang sangat banyak sebab badan perlu create haba yang banyak untuk badan”
“Betul, lepas berenang klau keluar dari air rasa nak masuk balik sebab air tu hangat-hangat sikit”-kata mereka
Apa-apa pun, sekiranya anda ingin melakukan sukan apa sekalipun, pastikan dapat info yang tepat dan bermanfaat agar tidak memudaratkan anda di kemudian hari.
Baca juga: Menara tertinggi 700 meter bakal dibina di Malaysia, lebih tinggi dari Merdeka 118