Bagi sesetengah individu, perkahwinan merupakan perjudian dalam kehidupan. Kerana itulah lebih ramai memilih untuk tidak berkahwin kerana takut akan nasib diri.
Kerana kita tidak akan mengenali pasangan kita sebelum tidur sebantal namun ramai yang gagal dalam memeriksa perangai sebenar pasangan sebelum berkahwin.
Tular di laman sosial wanita ini yang menderita dek kerana suaminya yang seakan ‘perfectionist’ dalam semua perihal rumahtangga hingga isterinya tidak lagi merasai kebahagiaan di dalam perkahwinan.
Assalamualaikum semua. Saya pun tak tahu nak mula cerita dari mana. Saya Zara. Mama kepada 3 orang puteri. Isteri kepada suami yang terpaling A. Kenapa saya gelar dia terpaling A? Sebab suami saya baik di pandangan mata semua orang, rajin, faham agama, pandai layan anak.
Kira semua orang pun cakap saya untungggg bersuamikan dia. Kami dah kahwin 7 tahun dah. Awal perkahwinan pjj sekejap dan saya tak sabar – sabar nak tamatkan pjj sebab nak duduk sekali. Bila dah 4 tahun duduk sekali, macam-macamlah ‘rasa’.
Dah tajuk pun suami terpaling A kan. Mestilah semuanya cerita tentang suami
saya. Suami saya kerja elok, Nafkah dan belanja di rumah sentiasa terjaga, santuni mak ayah dia dengan baik, santuni mak ayah dan adik beradik saya juga dengan baik.
Suami saya rajin. Kat rumah dia selalu tolong sidai baju, lipat baju sama-sama, tiap malam buang sampah, kunci pintu, sebelum tidur, short story dulu kisah nabi dengan anak-anak, kemudian baru tidur. Setiap orang ada kekurangan dia kan.
Suami saya ni, sebab dia rajin, dia nakkan kita double rajin dari dia. Sebab dia pembersih, dia harapkan anak-anak kecik yang sedang membesar tu, jadi pembersih macam dia. Which is sooo str3ssful to me. Bayangkan, anak saya dah umur 3 tahun yang kedua tu, tak reti makan sendiri sebab, setiap kali saya bagi dia makan sendiri, tumpah.
Suami saya akan marah-marahkan saya, marah anak dia dan kadang-kadang naik tangan dekat anak sebab bagi tumpah makanan. Memang la niat nak mengajar, tapi kalau anak tak praktis makan sendiri bila yang nak pandai nya.
End up dia akan suruh saya cuci semua dan suruh saya suap anak dia makan. Saya ni tak reti nak melawan, saya turutkan je lah. Tapi sebenarnya jauh dasar hati, saya makan hati. Makan hati sebab kita ni bersusah payah nak bagi anak makan sendiri, dia datang bising – bising kat kita.
Pastu suruh kita settle sendiri. Pastu buat macam takde apa-apa jadi. Lagi satu bila anak bermain. Main playdoh tak boleh nanti kotor, main sticker tak boleh nanti lekat merata. Kalau nak mewarna kena duk di meja saja. Takut nanti anak conteng dinding.
Ya, dinding rumah saya sangat bersih sebab anak-anak takut nak conteng. Nanti ayah pukul. Suami penyayang dengan anak tapi sangat garang bab kebersihan ni la. Anak-anak pun jadi penakut je semua. Nak buat apa semua tak boleh.
Kesian jugak tengok anak-anak tapi nak buat macam mana kan. Ayah diorang memang camtu. Macam mana mama ni redha, anak-anak kena redha juga lah. Saya dan suami dua-dua bekerja dan bila saya balik rumah, saya tak pernah jadi diri sendiri.
I am too afraid to scroll ig or tiktok or fb sebab nanti suami marah. Buang masa katanya. Much more worse, saya terlalu takut nak baring – baring sebab takut nanti suami bising kata saya ni banyak lagi benda tak buat boleh plak baring.
Sebab saya pernah kena marah sebelum ni sebab baring je lepas balik kerja. Sedangkan masa tu saya bagitahu dah dia yang saya pening kepala dan nak rehat kejap. Tapi kami saling sayang, cinta. Bila waktu baik, macam macam la – aktiviti kita buat.
Macam mana eh nak cakap. Nak kata tak serasi, anak 3 dah. Tah la. saya jadi sangat berhati-hati dengan suami sendiri. Nak buat apa-apa dalam rumah kena fikir dulu. Kena be the best dalam rumah sendiri. It is so tiring you know.
Memang la kita kena berkhidmat untuk suami tapi kita nak fun jugak kat rumah. Nak tengok tv pun takut – takut kadang-kadang tu. Takut nanti suami cop saya ni leka. Suami saya ni kalau dia nak tegur apa-apa dia akan tegur direct tanpa fikir ayat dia tu mengguriis hati.
Kita ni punya la susun ayat nak cakap dengan dia, dia senang-senang s4kitkan hati kita camtu je. Saya ni telan jelah. Setiap malam nangis sebelum tidur. Nak pujuk hati yang dis4kiti. Esok saya akan ceria je depan suami macam takde apa – apa jadi. Lama-lama jadi gila.
Yang saya tak boleh lupa masa saya lepas bersalin. Saya masak makanan pantang sendiri. Hari tu hari ketiga bersalin. Lepas makan saya rendam semua pan masak tu. Malam lepas menyusu terlena tak sempat basuh. Suami boleh bebel kat saya.
“Lain kali foodpanda jelah kalau dah tau malas nak basuh pan semua” Sambil dia s4kitkan hati saya, sambil dia basuhkan pan tu. Tak boleh ke basuhkan pan tu dengan ikhlas. Tak ingat ke saya baru je bertarung lahirkan anak 3 hari lepas.
Badan saya masih s4kit, kaki s4kit, luka jahitan s4kit. Allah luka di hati lagi lah, tak pernah sembuh. Orang lain kalau suami dia keluar melepak mesti marahkan. Saya plak tak sabar – sabar tunggu suami saya kata nak keluar dengan kawan.
Saya akan rasa macam bebas di rumah sendiri. Saya akan bagi anak main sepah – sepah macam mana yang diorang nak, saya plak akan baring – baring menikm4ti hari saya. Sebelum suami balik, rumah akan dikemas macam takde apa-apa jadi tadi.
Saya akan mengeluh dulu sebelum bukak pintu dan mulalah lakonan saya depan suami. Lakonan isteri terpaling rajin di rumah dan isteri terpaling ceria. Sedangkan deep inside hati saya m4ti. Setiap hari saya rasa saya happy nak pergi kerja, dapat jumpa kawan.
Bila nak balik rumah, saya akan rasa sayu dalam kereta. Begitulah kehidupan saya seharian. Tapi saya sayang suami kerana Allah. Sebab hubungan dia dengan Allah dia jaga. Dia solat 5 waktu, sentiasa baca quran, tahajjud. Bagus la dia.
Saya ni letih manjang tak ter bangun pun tahajjud. Sebab tu la suami selalu marah saya agaknya. Saya tak rajin macam dia. Kadang-kadang pernah terbayang hidup ni tanpa dia. Mesti ok je saya. Entah la. Saya harap saya mampu bertahan, dapat kuatkan hati ni, dapat terus berkhidmat untuk suami tanpa keluhan.
Semoga Allah bagi saya lebih kudrat supaya saya boleh buat macam-macam dalam rumah ni tanpa harapkan bantuan suami. Jujurnya kalau saya mampu, saya nak buat semua benda sendiri dalam rumah ni. Tapi saya manusia biasa, letih kadang-kadang tu.
Memang kena bahagi kerja rumah. Suami plak bila dia bantu, dengan mulut sekali buat kerja. Dia tak m4ki hamun, tapi kata-kata dia tu pedas. Saya asyik makan hati je. Ada tak orang lain yang lalui kehidupan rumah tangga macam saya ni? Korang jadi diri sendiri tak kat rumah? – Zara, Si Hati Tisu (Bukan nama sebenar)
Baca juga: “Kemurungan teruk selepas kandungan 8 bulan tiada, suami pula bercinta dengan kawan baik sendiri”