Umum mengetahui Cik B dan Kacak adalah anak kepada usahawan terkenal Malaysia iaitu Datuk Seri Vida atau DSV.
Baru-baru ini, DSV memperlihatkan reaksi anak-anaknya ketika dia mendedahkan perbelanjaan bulanan dan jumlah wang di dalam akaun bank mereka.
Melalui rakaman yang dikongsi di laman tiktok, netizen meluahkan rasa terkejut apabila Cik B, atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, mendedahkan bahawa dia telah berbelanja kira-kira sejuta ringgit pada bulan Julai lalu.
Cik B juga ada berkongsi perbelanjaannya pada bulan lalu iaitu sebanyak RM23,000. Malahan DSV juga dikatakan terkejut dengan pendedahan tersebut.
Cik B spend 1 juta. Aiyo. Oh spend Aiyo takut aku banyaknya beli. Apa yang dia beli sampai sejuta?
Namun lain pula dengan adiknya yang menolak untuk mendedahkan jumlah perbelanjaan, tetapi menyatakan bahawa dia cenderung untuk menyimpan duit.
Tidak hanya itu, kedua beradik ini juga memaparkan baki wang yang masih tersisa di dalam akaun mereka.