Bawa secara melulu dan melawan arus, warga emas maut ditempat kejadian

Bawa secara melulu dan melawan arus, warga emas maut ditempat kejadian. Lelaki warga emas itu maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 32.8 Lebuhraya Persekutuan arah Klang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.45 pagi itu, mangsa berusia 72 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kejadian ini turut tular di media sosial, apabila ramai yang menyatakan kereta tersebut dipandu secara melulu dan ramai juga yang hampir dilanggar oleh kereta tersebut namun sempat diberi amaran oleh kenderaan lain.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan kemalangan membabitkan Proton Wira dan Honda City pada 2.08 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa memandu Proton Wira secara melawan arus lalu bertembung dengan Honda City.

“Akibat pertembungan itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Baca Juga: Gagal samun, lelaki maut tertikam paha sendiri selepas tetak orang

Baca Juga: Selepas khidmat kapal terbang henti, tambang feri ke Pangkor pula naik 40%,