Bawa seguni wang simpanan, warga emas ini tekad beli motor idamannya guna duit ‘cash’

Seorang warga emas dari Jakarta membeli sebuah motorsikal Honda CBR menggunakan wang simpanannya yang dibawa dalam guni.

Warga emas itu dikerumuni oleh orang ramai selepas tindakannya mengira wang dari guni itu mengejutkan orang ramai.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Daerah Pekalongan, wilayah Jawa Tengah. 

Selepas selesai sesi mengira duit di atas lantai, warga emas itu dilihat menaiki motor barunya dengan hanya memakai kain pelikat.

Baca juga: “Tiap minggu isteri balik rumah mertua, makan pakai semua buat sendiri sampai aku nekad nak hidup bujang semula”