“Bawak pesawat macam bawak kereta.” Gadis ini bawa pesawat sendiri ke London semata nak tengok perlawanan bola sepak

Lumrah peminat bola sepak akan berasa teruja untuk menonton pasukan bola sepak kegemaran mereka beraksi.

Ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk menyaksikan perlawanan bola sepak biarpun jauh beribu batu.

Seorang gadis iaitu @abigailmchel telah menimbul keterujaan buat warganet apabila beliau memandu sendiri pesawatnya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Fullham City menentang Manchested United.

Di dalam video tersebut dilihat dia sedang memandu pesawatnya seperti memandu kereta. Dia berlepas dari Nottingham ke London yang mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja.

Setibanya di lapangan terbang dia memandu kereta ke stesen keretapi yang terdekat untuk ke stadium.

Rata-rata netizen teruja dengan kekayaan dimilikinya. Video tersebut kini telah meraih 5.8 juta tontonan.

Baca juga: Resepi lontong tersedap wajib cuba, confirm menjadi dan teringat-ingat