Bawang putih rupanya tak boleh simpan dalam peti sejuk, penjelasan doktor ini mengejutkan

Ramai tidak tahu ‘bahaya’ tersembunyi jika menyimpan bawang putih dalam peti sejuk kerana boleh menghasilkan toksik sekali gus menjejaskan kesihatan.

Itu sebabnya bawang putih perlu disimpan di tempat kering pada suhu biasa.

Pakar kesihatan dari Mumbai yang juga seorang penulis, Dr Dimple Jangda, berkata bawang putih boleh berkulapuk (iaitu sejenis kulat yang tumbuh dalam persekitaran gelap, lembap dan hangat) jika disimpan dalam peti sejuk.

“Justeru, saya ingatkan kepada anda semua supaya jangan beli bawang putih yang sudah dikupas dan disimpan dalam peti sejuk kerana ia boleh berkulapuk dengan cepat,” nasihatnya.

Sehubungan itu, lapor portal www.express.co.uk, beliau menyarankan beli bawang putih segar yang dikupas.

“Yang belum dikupas, pastikan anda kupas bila hendak masak dan tidak sepatutnya di simpan dalam peti sejuk, letakkan saja,” katanya.

Dr Jangda turut memetik kajian dilakukan Universiti Cornell di Amerika Syarikat (AS) yang memberi amaran bahawa tabiat menyimpan bawang putih dalam peti sejuk bukannya idea yang baik.

Jelasnya, ini kerana bawang putih mengandungi tahap keasidan yang rendah sekali gus menjadikannya terdedah kepada Clostridium Botulinum.

Clostridium Botulinum adalah sejenis mikroorganisma patogenik yang boleh menyebabkan demam dan kesakitan abdomen.

Ia boleh menyebabkan kematian khususnya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti bayi, orang tua atau orang yang mempunyai sistem imuniti yang rendah.

BACA JUGA Resepi belimbing buluh kerabu buat kecur air liur, tambah budu lagi bertambah padu!