Bayi kembar 9 sambut ulangtahun pertama

Bayi kembar 9 sambut ulangtahun pertama. Halima Cisse melahirkan mereka pada 4 Mei tahun lalu di Maghribi.

Kelahiran kembar sembilan yang menggemparkan dunia pada tahun lalu kini menyambut ulang tahun kelahiran pertama mereka dalam keadaan sihat, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Menurut bapa bayi-bayi tersebut, Abdelkader Arby, isterinya, juga berada dalam keadaan baik.

“Bayi-bayi itu sudah boleh merangkak. Ada antara mereka yang boleh duduk dan berjalan sambil berpaut pada sesuatu.

“Bayi-bayi itu sudah boleh merangkak. Ada antara mereka yang boleh duduk dan berjalan sambil berpaut pada sesuatu.

“Ia tidak mudah dan kadangkala agak meletihkan. Namun, apabila melihatkan keadaan mereka yang sihat, semua kepenatan itu hilang,” katanya.

Bayi kembar sembilan itu memecahkan Guinness World Records bagi bilangan bayi yang paling ramai hidup selepas dilahirkan.

Sejurus melahirkan anak-anaknya menerusi kaedah pembedahan, Halima diterbangkan ke Maghribi oleh kerajaan Mali untuk mendapatkan penjagaan pakar.

Sembilan bayi itu yang terdiri daripada lima anak perempuan dan empat lelaki, dilahirkan ketika usia kandungan 30 minggu, demikian menurut Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby.

Berat mereka ketika dilahirkan adalah antara 500 gram hingga 1 kilogram.

Bayi lelaki bernama Mohammed VI, Oumar, Elhadji dan Bah, manakala bayi perempuan diberi nama Kadidia, Fatouma, Hawa, Adama dan Oumou. – Agensi

Baca Juga: Wanita jijik jumpa tikus dalam bakso

Baca Juga: Iring anak Ahli Parlimen tanpa arahan, dua anggota trafik dipindah bahagian