Bagi ibu yang mengandung, pengalaman pergerakan bayi boleh dapat dirasakan seawal tempoh 14 minggu kehamilan.
Tendangan bayi secara perlahan mula dapat dirasakan apabila memasuki trimester kedua iaitu minggu 13 hingga 26.
Mencecah trimester ketiga iaitu minggu 27 hingga 40, ibu mengalami tendangan bayi yang aktif sehingga berasa sedikit sakit dan tidak selesa.
Bayi yang dianggap sihat akan menendang 10 kali atau lebih pergerakan dalam tempoh 2 jam.
Ibu-ibu mesti tertanya kenapa bayi dalam perut selalu menendang. Ada ibu yang memberitahu bayinya banyak menendang sekiranya perut kenyang.
Sebaliknya, ada juga ibu yang berkongsi pengalaman semasa hamil berkata, bayinya ketika masa makan pula yang menendang kuat. Kalau masa rehat di tempat kerja, lagi kuat menendang.
Apabila dah kenyang, baru bayi senyap. Ini bermakna memang bayi bergerak dan banyak menendang apabila si ibu lapar.
Ini 3 sebab utama kenapa bayi banyak menendang seperti dikongsi Klinik Nuha Bangi:
- Nak suruh ibu jauhkan daripada cahaya, dia silau.
- Nak suruh ibu berbaring mengiring ke kiri sebab peredaran darah akan lebih baik.
- Ibu makan makanan yang manis dan pedas.
BACA JUGA Madinah dilanda banjir besar, rupanya lama dah Arab Saudi ini ‘rosak’