‘Baz Zombi’ dah uzur, pihak berkuasa minta pilih bas lain untuk pulang beraya

‘Baz Zombi’ dah uzur, pihak berkuasa pengangkutan darat Sumatera Barat, Indonesia minta pilih bas lain untuk pulang beraya. 

Memetik Harian Metro, ini susulan pertambahan ‘bas zombi’ yang dikesan berada di jalan raya dengan keadaan fizikal yang uzur.

Bas itu ditemui pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan di Terminal Anak Air, Isnin lalu.

“Kami menemui bas di sekitar terminal dan selepas pemeriksaan kenderaan itu didapati tidak layak untuk digunakan,” kata Ketua Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Sumatera Barat, Deny Kusdyana.

Deny berkata, semakan mendapati buku ujian dan kad pengawasan bas berkenaan sudah tamat tempoh.

Katanya, pemeriksaan lanjut pada struktur bas juga mendapati ia tidak menepati spesifikasi sebagai pengangkutan awam.

Bas ini dipandu tanpa melihat strukturnya yang telah lama. ini mungkin akan menyebabkan kemalangan mahupun rosak di tengah jalan.

“Disebabkan orang ramai tetap mahu bergerak untuk pulang ke kampung, bas ini menjadi pilihan,” katanya.

Katanya, bas sedemikian mula dikesan di jalan raya, selepas dua tahun sekatan dibuat kerajaan susulan penularan Covid-19.

Disebabkan sudah lama tidak bergerak, keadaan bas menjadi uzur dan kini beroperasi dalam kapasiti maksimum.

Bas juga tidak diselenggara sepanjang dua tahun berehat akibat pandemik, ini mungkin disebabkan kekangan kewangan yang di alami oleh pemilik bas tersebut.

“Pemilik juga terpaksa beroperasi menggunakan bas berkenaan kerana desakan hidup.

“Kami menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pemandu dan penumpang lebih berhati-hati,” katanya.

Bagi menyekat bas berkenaan daripada terus beroperasi, pihaknya mengambil tindakan tegas seperti sitaan dokumen.

“Dokumen bas ini akan disita dan pemiliknya akan diberikan surat amaran,” katanya.

Penumpang juga diingatkan supaya memilih kenderaan awam yang lebih selamat dan mempunyai tanda pelekat layak dipandu di jalan raya.

Presiden Indonesia, Joko Widodo sebelum ini memberi jaminan rakyatnya akan dibenarkan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.

Dijangka 85 juta umat Islam di republik berkenaan akan pulang ke kampung halaman selepas dua tahun tidak dibenarkan berikutan pandemik Covid-19.

Baca Juga: 4 tabiat yang boleh rosakkan kereta, no 4 kegemaran rakyat Malaysia

Baca Juga: Anwar persoal adakah adil hukuman mati dijatuhkan ke atas orang yang cacat akal?