Beberapa hari tak boleh sewakan bilik akibatnya pelanggan ini didenda RM1340-Dia buat apa sampai kena denda?

Beberapa hari tak boleh sewakan bilik akibatnya seorang pelanggan dari Jepun telah didenda sebanyak RM1340 kerana menggunakan cerek elektrik di bilik penginapannya.

Tujuannya untuk merebus ketam, lapor laman berita Sora News24 pada 3 Mei 2022

Pihak pengurusan hotel berkata, makanan yang dimasak pelanggan berkenaan menghasilkan bau yang sukar dihilangkan, menyebabkan mereka tidak dapat menyewakan bilik itu selama beberapa hari.

Namun, pelanggan tersebut menafikan dakwaan pihak hotel dan berkata, mustahil bau itu tidak hilang selama beberapa hari, dan bilik yang disewanya itu akan menerima tempahan setiap hari selepas dia keluar.

Pihak hotel kemudian mengakuinya lalu mengurangkan ganti rugi kepada 17,000 yen (RM569) untuk kos penyahbauan bilik dan 5,000 yen (RM167) untuk menggantikan cerek baharu.

Pelanggan itu bagaimanapun masih tidak puas hati lalu mendakwa bahawa penapis udara telah dipasang semasa dia memasak, dan tiada peraturan bertulis di bilik berkenaan yang melarangnya memasak ketam menggunakan cerek.

Sementara itu ‘mahkamah pendapat umum’ iaitu netizen sebulat suara bersetuju dengan pihak hotel dalam kes tersebut. Mengenai liabiliti undang-undang dalam kes itu, portal Bengoshi Dot Com bercakap dengan seorang peguam untuk menjelaskan mengenai tindakan pelanggan terbabit.

Kata peguam berkenaan, menyewa bilik hotel atau pelanggan akan menandatangani kontrak yang mewajibkan mereka untuk tidak terlibat dengan tingkah laku yang boleh merosakkan bilik. Tambahan pula, air cerek elektrik kebiasaannya diguna untuk membancuh minuman seperti teh dan kopi.

Jadi, sesiapa yang menggunakannya untuk tujuan tidak normal seperti membersihkan seluar dalam, bermain besbol dan memasak haiwan dilihat bertanggungjawab membuat kerosakan kepada harta hotel yang didiami.

Baca juga: Hantar lukisan kosong pun boleh terima RM345,000 daripada muzium