Isteri kepada penyampai radio Shuib, iaitu Watie Hanifiah, mendedahkan bahawa beg tangan mewah miliknya diperoleh daripada hasil titik peluh sendiri tanpa bergantung kepada wang suami.
Watie, atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, yang berusia 35 tahun, menyatakan bahawa memiliki beg tangan mewah tersebut merupakan salah satu cara baginya memberikan ganjaran terhadap kerja keras yang telah dilakukannya selama ini.
Malah, Watie turut memberikan respons terhadap kontroversi di kalangan netizen mengenai cara pemakaian dirinya dan anak-anak Shuib.
“Bab aurat saya tahu mungkin saya ada banyak kekurangan. Tetapi kalau soal beg mahal, maaf nak cakap saya beli 100 peratus semua dengan pendapatan sendiri.
“Itu adalah cara saya nak reward diri saya. Bab pakaian anak itu adalah cara saya dalam menguruskan rumah tangga… Saya harap awak dapat terima penjelasan saya,” katanya.
Melalui perkongsian foto di Instagram, Watie mempamerkan beg tangan mewah berwarna jingga yang menjadi perbalahan netizen.
Watie didalam hantarannya mengucapkan tahniah kepada suaminya atas kejayaan membuka cawangan baru Bubble Bee yang diusahakan.
Namun, hantaran tersebut menerima komen dari netizen yang mempersoalkan gaya hidup mewah Watie berbanding isteri pertama Shuib, iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Maaf kata, kalau arwah Siti Sarah dulu pakai tudung tutup dada, tak beli beg mahal, tak perlu satu keluarga pakai baju sama… tapi hak pekerja di akhirat dititikberatkan.
“Betul awak (Watie) nak majukan perniagaan Shuib tapi salah caranya. Maaf saya menegur ya,”
Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.