Sebuah pasar mini yang dibina di lereng bukit ini menjadi perhatian netizen kerana ia digelar ‘pasar mini paling menyukarkan di dunia’, lapor akhbar Daily Star.
Terletak di Taman Negara Geologi Shiniuzhai, dalam wilayah Hunan, kedai tersebut dibina pada ketinggian 120 meter dari tanah dan terletak di tengah lereng.
Bagi pendaki yang mendaki gunung bongkah batu tersebut, pasar mini yang diperbuat daripada kayu ini membekalkan makanan yang bernutrisi buat pendaki yang datang.
“Di wilayah Hunan di China, pada ketinggian 120 meter di tepi lereng, terdapat sebuah kedai menjual makanan ringan dan minuman kepada pendaki.
Beberapa gambar yang ditularkan di laman sosial X menunjukkan gambaran kedai tersebut menyebabkan hantaran itu tular.
“Pekerja kedai menambah stok barangan menggunakan zipline, bagi menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dengan pemandangan menakjubkan,” demikian menurut hantaran itu.
“Hebat sekali! Adakah pekerja perlu mendaki setiap hari untuk pergi bekerja?” kata seorang pengguna.
“Ia sangat hebat! Satu cara inovatif untuk menggabungkan pemandangan menakjubkan dan kemudahan kepada pendaki,” kata pengguna lain.
Baca juga: EXCO Kerajaan negeri antara 10 orang mangsa nahas pesawat ringan